Wednesday, August 25, 2010

Berminda Pelajar Bukan Graduan

Kenapa perlu berminda pelajar? bukan berminda sebagai graduan.Apakah perbezaan antara berminda pelajar dengan berminda graduan???
Nak tahu jawapannya..sila baca dulu... (^_^)


Kita perlu mempunyai minda pelajar atau dalam ertikata lain mempunyai mindset seorang pelajar. Seorang pelajar akan mencari input tambahan yang mampu untuk membantunya dalam peperiksaan. Seorang pelajar masih merasakan dirinya seorang pelajar walaupun dia lulus dalam peperiksaan tetapi seorang graduan merasakan dirinya sudah cukup berilmu dan tidak perlu untuk mencari lebih banyak ilmu untuk kemajuan diri.

Di sinilah titik perbezaannya, jika kita mempunyai mindset seorang pelajar kita akan sering mencari jalan untuk memperbaiki diri serta dapat lulus dalam peperiksaan, yang bermakna seseorang itu dapat mencapai satu lagi takuk kejayaan dalam hidup. Dengan adanya minda pelajar dalam diri kita maka dengan sendirinya kita akan dapat merasakan ketidaktentuan dalam takdir hidup. Kita hanya akan memberi nasihat kepada yang meminta setelah kita merasakan buah dari usaha yang kita lakukan selama ini. Jika kita lulus dengan cemerlang maka seharusnya kita mengembangkan rahsia yang dapat memberi kejayaan tanpa memandang rendah kepada orang lain. Jika kita berada dalam minda graduan kita akan memberi nasihat bukan dari pengalaman tetapi dari teori yang kita ketahui.

Sering terjadi teori adalah lebih mudah untuk diperkatakan dari dilakukan. Jika kita melihat sebuah kesusahan maka berdoalah kepada Tuhan agar ianya menjadi tauladan dan selalulah berterima kasih atas segala kurniaanNya. Inilah beberapa perkara yang sering kita lupakan. Ingatlah tidak ada seorang manusia pun di dunia yang ingin menjadi susah. Jika anda melihat sebuah kesusahan lihatlah dari sudut positif, mungkin memikirkan kaedah terbaik untuk membantu dan bukan dari sudut negatif seperti terus mengkritik kesusahan tersebut, mengapa mereka tidak berusaha dan sebagainya. Jika anda berada dalam keadaan mereka mungkin anda akan mengerti mengapa mereka tidak dapat melakukan sesuatu perubahan dan sebelum kata-kata nasihat keluar dari mulut anda ingatlah langit tidak selalu cerah.

Berjiwa pelajar, bukan graduan. Jadikanlah diri anda seperti gelas yang kosong, yang sentiasa dapat diisi. Bukan menjadi gelas yang sentiasa penuh dan tertutup.
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"