Thursday, January 14, 2010

Faedah Sejarah untuk Ketajaman Fikiran dan Kreativiti

Anda akan menjadi seorang yang pintar dan bijak sekiranya rajin membaca, mengkaji dan menghayati ilmu sejarah. Kecerdasan bertambah. Akal menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan , isu dan peristiwa. Anda berkemampuan membuat ramalan dan telahan yang tepat tentang sesuatu perkara, isu atau peristiwa. Mampu menghasilkan ulasan dan generalisasi yang bermutu tinggi.

Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar.

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam.

Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.

Monday, January 4, 2010

Bertemu,berpisah..kenangan

Mengapa kita ditemukan,
dan akhirnya kita dipisahkan,
mungkinkah menguji kesetiaan,
kejujuran dan kemanisan iman...
Tuhan..berikanlah kekuatan...

Di atas hanyalah sebahagian sahaja antara bait-bait lagu Untuk Mu dendangan Brothers.
Lagu yang menyimpan 1001 kenangan pada adik beradik usrah Ummu Sulaim,dq..manisnya ukhuwah bila kerana Allah...kalau nak rasai jugak betapa manisnya ukhuwah,betapa best nyer usrah...GEGARKAN USRAH anda...kalau kt Mesir ni dikenali sebagai Muzakarah Berkelompok...apa tunggu lagi???

Bukan tentang usrah yang ingin dicoretkan...

Tapi coretan lambaian perpisahan buat kak long ( Nor shuhada Abdullah Sukari ) yang akan pulang ke tanah air pada 6 Januari 2010.
Semoga pulang mu dapat menabur bakti kepada masyarakat di tanah air yang amat2 memerlukan tenaga agamawan lebih2 lagi azhari/azhariah seperti mu...
terima kasih di atas setiap bantuan,perhatian,kasih sayang mu pada kami...terima kasih juga kerana tidak pernah bosan melayan karenah kami adik2 baru...
Moga Ukhuwah Raudhatul Muthmainnah tidak terhenti di sini tetapi berpanjangan hingga ke syurga..insyaallah.. Bila hati bertasbih...

Bicara Hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Sudah bersawang benar teratak maya ini…bertalu-talu soalan bila nak update blog dilontarkan oleh sahabat-sahabat dan adikberadik tersayang.Bukan tidak mahu mencoret idea baru atau berkongsi pengalaman berada di Jazirah al Ward ini. Tetapi kekangan masa membantutkan keinginan meng’update’ menyebabkan ianya terbiar sepi…ma’ziratan…

WARGA TERATAK KASIH ABADI…

Alang tahu,sebagaimana mahal nilaian untuk menghantar alang menuntut ilmu di Bumi Mesir ini, hasil yang perlu alang bawa pulang juga mestilah setimpal malah lebih lagi..Alang sentiasa ingat pesanan ayah dan mek-hanya ilmu harta yang ayah dan mek boleh bagi pada anak2… tak terbalas jasa ayah dan mek..tak terbayar harga pengorbanan ayah berpanas dibawah terik mentari di atas bumbung2 rumah orang untuk membiayai alang disni..terkadang ayah tergolek jatuh tapi demi anak2,diketepikan rasa sakit yang menyelirat pada badan tua itu. Mek yang tak putus-putus memberikan kata2 taujihat untuk anak perempuan bongsu. Terima kasih kepada kak long dan abg long,abang dan kak ngah,kak cik dan abg cik,ude dan abg hafiz serta acu yg banyak membantu, memberi semangat. Permata hati alang yang amat dikasihi hakim,habib,haikal, nurin,hannani,anis dan adik ya (humaira)…rindu dengan karenah si kecil…

UMMU SULAIM…

Terasa rindu benar pada adik beradik usrah Ummu Sulaim...Persaudaraan yang diikat dengan ikatan akidah masih utuh dan kemas walaupun masing-masing punya haluan sendiri. Terima kasih yang teramat pada kalian kerana membenarkan diri ini menjadi sebahagian dalam hidup kalian…walaupun disini andak sudah mempunyai usrah yang baru,sungguh kalian tetap istimewa…bukan ingin membezakan usrah kita di Dq dan usrah baru disini, masing-masing punya kelebihan tapi itulah hakikatnya,yang pertama itulah yang paling diingati…
Teruja bila dikhabarkan bahawa ayong bakal menjadi seorang ibu…Tahniah pada ayong dan yop… Moga anak itu nanti menjadi jundi penerus perjuangan Rasulullah s.a.w…

SAHABAT-SAHABAT…

Sehari-hari berada di sini tak pernah saya melupakan kalian . Afrida, Nurlina,sepupu usrah yang hebat-Paradise Seekers dan semuanya…kalian juga mencipta kenangan terindah dalam hidup saya… Susah senang, sakit, pedih,pahit manis semuanya ditanggung bersama.. Kenangan dihujani gas pemedih mata , kereta siput sedut yang berjasa, air mata SIHAT DQ… kalian jugalah yang menghulurkan tangan tatkala diri ini tersungkur… Ketahuilah Sahabat, diri ini tetap memerlukan sokongan,nasihat kalian walaupun kini kita berjauhan…

Siti Nur Hidayah Abdul Samat,
Raudhatul Muthmainnah,
Hayyu Syarq,Mansoura
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"