Sunday, February 7, 2010
Sekadar Perkongsian
urm...apa yang saya sangkakan sebelumnya, tempatnya lebih kurang PWTC je...rupe2 nye... punye lar besar (mgkin seluas kawasan DQ kot).. jenuh berjalan...siap disediakan kenderaan lagi...tapi kami tak naik lar...
Orang cakap bila pergi maarad, ambil peluang beli kitab banyak2...kalau tak,rugi... tapi saya tak beli banyak macam sahabat2 lain pun...hanya buku yang berkaitan qiraat dan buku yang berbentuk motivasi.
Beli buku...
Antaranya buku berjudul wanita yg paling bahagia di dunia yang dikarang oleh Dr.A'idh al-Qarni . Dalam buku ni Dr. A'idh al-Qarni mengajak setiap wanita beriman untuk memulai hidup baru yang penuh iman, dekat dengan Allah, memandang kehidupan ini dengan penuh harapan dan cita2. Dalam buku ini juga terdapat nasihat2 yang didasari oleh petunjuk al-Quran dan hadith serta contoh tauladan dari para salafussaleh dengan harapan agar buku ini menjadi solusi bagi berbagai persoalan, ubat bagi berbagai penyakit, dan jalan untuk menempuh hidup bahagia.
Dan satu lagi berjudul keperibadian seorang muslim yang dikarang oleh Muhammad Ali al-Hashimi...yang mana buku ini menjelaskan bagaimana seharusnya hubungan manusia dengan Tuhannya, bagaimana hubungan sosial seorang muslim dengan orang lain seperti kedua orang tua,isteri,anak2,keluarga sanak saudara ,jiran tetangga, kawan2 serta anggota masyarakat secara keseluruhannya.kedua-dua buku ni dah di alih bahasa kepada bahasa indonesia..so...senang lar sikit nak faham...buku ni sebenarnya untuk lelaki tapi wanita pun boleh jer baca...yang untuk wanita ada jgk,berjudul keperibadian seorang muslimah...saya postpone kan dlu membeli buku ni memandangkan ahli bait dah beli...insyaallah saya akan dapatkannya pada lainkali.
Pada mulanya teragak2 juga nak beli buku keperibadian seorang muslim,bimbang disalah ertikan memandangkan "fenomena nak kawin " melanda mahasiswa/wi akhir2 ni...tapi bilamana seorang kakak meyakinkan saya supaya jangan malu untuk membeli buku seperti itu @ berkaitan rumahtangga kerana ianya juga ilmu...so beli lar...untuk masa depan jgk (^_^).
Married
Cakap pasal kawen ni,ramaila yang nak kawen nyer.....yang moody pun akan terus bersemangat, wajah berseri2...yang masih solo tercari2...yang dah berpunya,ade yang menunggu masa dan ade juga yang buat pekasam...simpan dulu...urm..tak baik simpan lama2 tau...
Teringat kisah seorang sahabat sekerja di malaysia dlu yang mencari calon tapi tak jumpa2 jgk.nak kawen tp xde calon..bila dia mengadu pada saya,saya nasihatkan dia supaya berdoa,mohon pada Allah supaya dipermudahkan,sambil tu perbaiki diri..kerana kita hari ini adalah generasi kita pada hari kemudiaan... lagi satu...perkemaskan diri dengan ilmu merangkumi rumahtangga,berkaitan wanita,anak2 dll.
Urm nak cari yang mana tu semuanya dah tau... Us Salman Maskuri ada cakap masa program Raudhatul Quran hari tu...kalau nak cari teman/zauj/zaujah, cari yang dapat menangis bersama kita dan orang yang takutkan Allah... itu yg betulnya,dapat pandu kita mendapatkn cinta Ilahi.
Berceloteh panjang lar pulak...mata dah ngantuk..esok diskusi kitab..
saya tinggalkan sahabat2 dengan kata2 dari mantan presiden Gamis,saudara Dzulkhairi Md Nor.
"Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka."
Thursday, January 14, 2010
Faedah Sejarah untuk Ketajaman Fikiran dan Kreativiti
Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar.
Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam.
Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.
Monday, January 4, 2010
Bertemu,berpisah..kenangan
dan akhirnya kita dipisahkan,
mungkinkah menguji kesetiaan,
kejujuran dan kemanisan iman...
Tuhan..berikanlah kekuatan...
Di atas hanyalah sebahagian sahaja antara bait-bait lagu Untuk Mu dendangan Brothers.
Lagu yang menyimpan 1001 kenangan pada adik beradik usrah Ummu Sulaim,dq..manisnya ukhuwah bila kerana Allah...kalau nak rasai jugak betapa manisnya ukhuwah,betapa best nyer usrah...GEGARKAN USRAH anda...kalau kt Mesir ni dikenali sebagai Muzakarah Berkelompok...apa tunggu lagi???
Bukan tentang usrah yang ingin dicoretkan...
Tapi coretan lambaian perpisahan buat kak long ( Nor shuhada Abdullah Sukari ) yang akan pulang ke tanah air pada 6 Januari 2010.
Semoga pulang mu dapat menabur bakti kepada masyarakat di tanah air yang amat2 memerlukan tenaga agamawan lebih2 lagi azhari/azhariah seperti mu...
terima kasih di atas setiap bantuan,perhatian,kasih sayang mu pada kami...terima kasih juga kerana tidak pernah bosan melayan karenah kami adik2 baru...
Moga Ukhuwah Raudhatul Muthmainnah tidak terhenti di sini tetapi berpanjangan hingga ke syurga..insyaallah.. Bila hati bertasbih...
Bicara Hati...
Sudah bersawang benar teratak maya ini…bertalu-talu soalan bila nak update blog dilontarkan oleh sahabat-sahabat dan adikberadik tersayang.Bukan tidak mahu mencoret idea baru atau berkongsi pengalaman berada di Jazirah al Ward ini. Tetapi kekangan masa membantutkan keinginan meng’update’ menyebabkan ianya terbiar sepi…ma’ziratan…
WARGA TERATAK KASIH ABADI…
Alang tahu,sebagaimana mahal nilaian untuk menghantar alang menuntut ilmu di Bumi Mesir ini, hasil yang perlu alang bawa pulang juga mestilah setimpal malah lebih lagi..Alang sentiasa ingat pesanan ayah dan mek-hanya ilmu harta yang ayah dan mek boleh bagi pada anak2… tak terbalas jasa ayah dan mek..tak terbayar harga pengorbanan ayah berpanas dibawah terik mentari di atas bumbung2 rumah orang untuk membiayai alang disni..terkadang ayah tergolek jatuh tapi demi anak2,diketepikan rasa sakit yang menyelirat pada badan tua itu. Mek yang tak putus-putus memberikan kata2 taujihat untuk anak perempuan bongsu. Terima kasih kepada kak long dan abg long,abang dan kak ngah,kak cik dan abg cik,ude dan abg hafiz serta acu yg banyak membantu, memberi semangat. Permata hati alang yang amat dikasihi hakim,habib,haikal, nurin,hannani,anis dan adik ya (humaira)…rindu dengan karenah si kecil…
UMMU SULAIM…
Terasa rindu benar pada adik beradik usrah Ummu Sulaim...Persaudaraan yang diikat dengan ikatan akidah masih utuh dan kemas walaupun masing-masing punya haluan sendiri. Terima kasih yang teramat pada kalian kerana membenarkan diri ini menjadi sebahagian dalam hidup kalian…walaupun disini andak sudah mempunyai usrah yang baru,sungguh kalian tetap istimewa…bukan ingin membezakan usrah kita di Dq dan usrah baru disini, masing-masing punya kelebihan tapi itulah hakikatnya,yang pertama itulah yang paling diingati…
Teruja bila dikhabarkan bahawa ayong bakal menjadi seorang ibu…Tahniah pada ayong dan yop… Moga anak itu nanti menjadi jundi penerus perjuangan Rasulullah s.a.w…
SAHABAT-SAHABAT…
Sehari-hari berada di sini tak pernah saya melupakan kalian . Afrida, Nurlina,sepupu usrah yang hebat-Paradise Seekers dan semuanya…kalian juga mencipta kenangan terindah dalam hidup saya… Susah senang, sakit, pedih,pahit manis semuanya ditanggung bersama.. Kenangan dihujani gas pemedih mata , kereta siput sedut yang berjasa, air mata SIHAT DQ… kalian jugalah yang menghulurkan tangan tatkala diri ini tersungkur… Ketahuilah Sahabat, diri ini tetap memerlukan sokongan,nasihat kalian walaupun kini kita berjauhan…
Siti Nur Hidayah Abdul Samat,
Raudhatul Muthmainnah,
Hayyu Syarq,Mansoura
Thursday, October 8, 2009
pertama sekali saya mohon maaf pada sahabat2 yang mengikuti teratak maya saya kerana telah lama membiarkan ianya terbiar sepi... alhamdulillah hari ini diizinkan Allah untuk saya mencoret sepatah dua di sini walaupun mungkin sekejap sahaja dapat bertapak di CC Walid Net. alhamdulillah hari ini hari ke 9 saya berada diArdhul Kinanah yang penuh berkat... Sepanjang tempoh ni kami adik2 baru dibawa melawat maqam2 ulama' sekitar mansoura... antaranya maqam imam sya'rawi, muhammad bin abu bakar dll...dibawa ke suk (pasar), maktabah, sikah dll terpulang kepada musyrifah masing2. Kepada yang minat sangat pada jubah2.. sikah lar tempatnya...bila tengok jubah2 yang pelbagai fesyen dengan harga yang murah teringat pada sahabt2 kat malaysia yang suka sangat mengumpul koleksi jubah...
tapi itu hanya lah sampingan sahaja... yang paling menyeronokkan di mana2 sahaja ada majlis ilmu,terpulang kepada kita nak @ xnak... mutiara kat sini bukan didasar lautan tetapi di sebalik debu2... kat sini kelas tafaqquh diadakan setiap hari dimarkaz DPM...
Rasanya setakat ini dulu perkongsian saya dari perlembahan Nil... sebentar lagi kuliah tafaqquh akan bermula...doakan saya dan sahabat2 disini thabat istiqamah sabar dalam menuntut ilmu di sini....
Hidayah..
3.25pm, mansoura
Sunday, July 26, 2009
Sanah Helwah Anakanda
The Power Of Attraction
Minda manusia memiliki keupayaan luar biasa yang Allah s.w.t anugerahkan sebagai bukti keagungan penciptaan-Nya. Dengan minda, manusia dapat menguasai segala-galanya dalam kehidupan termasuk kesihatan, karier dan masa depan. Potensi beginilah yang boleh digerakkan untuk mendapatkan apa yang dihajati melalui konsep 'the power of attraction'.
Biarkan minda individu dengan potensi 'daya tarikan' yang dimiliki itu 'menarik' apa yang seseorang inginkan dalam kehidupan sehingga menjadi realiti. Sebagai individu muslim mukmin, konsep ini seharusnya dimanfaatkan bagi memperoleh kejayaan dan kebahagian yang diredhai Allah s.w.t. Matlamat ini akan lebih mudah tercapai apabila individu meletakkan pergantungan, kepercayaan sepenuhnya kepada kekuasaan Ilahi dalam mewujudkan sesuatu kepada para hambanya. Bila pergantungan kepada Allah sangat kuat, maka mudahlah Allah memperkenankan apa yang menjadi hajat hamba-Nya.
Menelusuri satu situasi yang terjadi semasa peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Semasa dalam perjalanan, pergerakan baginda dan saidina Abu Bakar telah berjaya dihidu oleh seorang tentera kafir bernama Suraqah bin Jusyam yang sedang menjejaki untuk membunuh Rasulullah bagi meraih ganjaran 100 ekor unta yang ditawarkan oleh pembesar Quraisy. Beberapa kali usahanya gagal untuk membunuh baginda kerana kuda yang ditungganginya terjatuh. Akhirnya Suraqah memanggil Rasulullah s.a.w dan ingin bertaubat serta memohon ampun daripadanya. Dia juga meminta supaya tidak diapa-apakan dan berjanji tidak lagi memusuhi orang-orang Islam. Suraqah akhirnya memeluk Islam dalam peristiwa tersebut.
Dalam suasana yang sungguh sayu itu, tiba-tiba keluar daripada mulut baginda s.a.w, : "Wahai Suraqah, suatu hari nanti kamu akan gembira dengan pemberian hadiah yang berupa mahkota maharaja Parsi yang akan diberiakn kepada kamu.". Suraqah terkejut dengan ungkapan baginda itu,sukar baginya mempercayai apa yang telah didengarinya.
Sesungguhnya kata-kata baginda s.a.w menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, bilamana tentera Islam berjaya menakluki kerajaan Rom dan Parsi. Mahkota kerajaan Parsi diambil dan diserahkan Saidina Umar Al-Khattab kepada Suraqah bin Jusyam. Kata saidina Umar, " Inilah hadiah yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu suatu ketika dahulu".
Sebagai insan yang baru memeluk Islam, sudah tentu apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w benar-bnar terpahat dalam sanubari Suraqah. Sesuatu yang paling diingati saat itu tentulah mahkota maharaja Parsi, simbol keagungan kerajaan Parsi yang bakal jatuh ke tangan dirinya suau hari nanti. Sudah tentu Suraqah membayangkan bilakah masanya janji Rasulullah s.a.w itu akan berlaku. Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar.
Justeru itu, potensi minda harus dimanfaatkan menerusi potensi 'the power of attraction' ke arah memperoleh kualiti hidup yang lebih bermakna. Usahakan secara bersungguh-sungguh dengan mengharapkan ketentuan daripada Ilahi semoga natijah yang diperolehi daripada usaha ini akan turut mendapat keredhan daripada-NYA.
Wallahua'lam...
