Wednesday, April 22, 2009

Memperbaharui Kekuatan menghadapi musibah

Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah ialah : " Mengetahui bahawa kehidupan sebenarnya yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan". Jika seorang hamba Allah ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.



Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 153 : "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..."



Solat penenang jiwa



Apabila ketakutan, kesedihan dan kerisauan melanda anda, maka bersegeralah mendirikan solat, nescaya jiwa akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu dengan izin Allah boleh menjaga diri dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.



Kita selusuri sejarah ketika mana Rasulullah s.a.w dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a : "Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat". Begitulah solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w. Ini merupakan syarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk.



Generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihannya akan menghancurkan urat sarafnya.



Nikmat Allah



Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.



Salah satu darip[ada nikmat Allah yang paling besar jika kita mahu berfikir ialah perlaksanaan solat wajib 5 waktu dalam sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita si sisi allah. Di samping itu, solat 5 waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapa pun soalt mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan takwa dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.



Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari satu kesusahan kepada kesusahan yang lain, dari satu goncangan jiwa kepada goncangan jiwa yang lain, dan dari satu kesengsaraan kepada yang lain..



bersambung...

No comments:

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"