Sunday, October 7, 2007

Kontroversi Even Almighty..

Filem ''Evan Almighty" yang mendapat bantahan keras oleh beberapa mufti dan ulama' berikutan filem tersebut jelas menghina Nabi Nuh selain menggambarkan Tuhan dalam bentuk manusia. Namun begitu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetap mengekalkan penayangan filem tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas menghalang dan mengharamkan filem sebegini ditayangkan,kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam,lebih-lebih lagi yang masih cetek pengetahuan agamanya.


Kalau dilihat sebelum ini,telah banyak filem-filem yang menjadi kontroversi kerana ianya jelas menunjukkan unsur penghinaan terhadap agama Islam..seperti filem "Ten Commandment" mengisahkan Nabi Musa, kisah Nabi Muhammad dalam "Mohammad, Mesengger Of God, dan Nabi Isa dalam "The Passion Of The Christ". Sepatutnya filem-filem yang seangkatan dengannya mesti disenaraihitamkan daripada ditayangkan.

Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata tayangan "Evan Almighty" tidak perlu menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagaimana yang disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Dato' Mohd Hussain Syafie kerana ia sudah terang-terangan menghina Islam.
Tayangan filem tersebut juga tidak jauh beza dengan penyiaran karikatur Rasulullah S.W.A oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark.

"Mereka yang melaburkan wang untuk menonton Evan Almighty boleh dikira sebagai bersubahat kerana menyokong perkembangan filem berkenaan, malah jika mereka mengiakan setiap fakta dalam filem berkenaan secara sengaja atau tidak secara langsung, mereka tergolong dalam golongan murtad kufur", kata Mufti Johor.

Humaira' : bangkitlah umat islam..jangan biarkan Islam dipijak2 kuffar..

3 comments:

Cucu Tok Jambul said...

Assalamualaikum....naam..ana setuju dengan pendapat ust...namun itulah hakikat pentadbiran negara kita masih lagi membiarkan golongan2 yang menghina para kekasih kita dihina dan dicaci sesuka hati.

hasanhusaini said...

bla pucuk pimpinan tidak ,jdkn alquran dan sunnah sebagai pandun, mereka yang jahil akn mcari ketenangan bukan pada tempatnya..yang haram mjadi halal..kata2 hukama' dan ulama' jd buah bahan ketawa..igt, bala RABB tdk hanya mnimpa org bsalah je..

Anonymous said...

MACAMANA NAK BERJUANG KALAU SUBUH PAYAH NAK BANGUN?????

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"