Saturday, February 21, 2009

Ke mana selepas ini??

Satu...

Alhamdulillah selesai sudah exam.. semalam keputusan exam syafawi dan tahriri al-quran ditampal...Mabruk kepada sahabat yang berjaya dan kepada yang senasib dengan ana, bersabarlah..Allah sedang menguji kita sebagai tanda kasih sayang NYA pada kita... dan mungkin juga sebagai suatu peringatan kepada kita.. Wallahu a'lam...

Dua...

Pening...pening...
Kemana halatuju selepas ini..
Hajat dihati ingin menyambung ke luar negara...tapi memikirkan kos yang perlu ditanggung, terasa tak sampai hati nak membebankan ayah..lebih2 lagi dalam keadaan kesihatan mek yang sakit. sahabat2 ada cadangkan masuk USIM dan ambil alQuran dan Multimedia tapi tak layak, tak ambil Muet. tak pun kerja dulu, tahun depan sambung belajar..urm.. segalanya berserah kepada Allah.. sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah...

Tiga...

Beberapa hari lepas dapat berita daripada ayah bahawa mek masuk wad..sakit ibunda menyerang lagi.. mujur ayah dan adik ada bersama.. besar sungguh pengorbanan ayah..setia menjaga isteri kesayangan..dan alhamdulillah, mek dah dapat kebenaran pulang ke rumah.


Aisha : Semoga Allah hadiahkan kesihatan yang baik kepada mek dan ayah agar dapat melakukan ibadah dengan baik...

2 comments:

MOHAMMAD SHOLIHEEN BIN OSMAN said...

assalamualaikum..

em,,istikharah..

Al-Faqir wa al-Haqir ila Rabb al-Kabir, Ibnu Jamal as-Sabahi said...

bukan namanya hidup tanpa adanya ujian, ujian itu bukti kasih dan cinta Allah kepada hamba-Nya, sabar dan syukur dua ikatan kukuh dengan Allah yang perlu digenggam seeratnya.. Insya Allah hati akan sentiasa tenang...

salam mujahadah,

Di bumi mana pun kita berpijak, di situlah tanggungjawab dakwah kita dukung... Erti hidup pada memberi..

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"