Sunday, July 26, 2009

The Power Of Attraction

Minda manusia memiliki keupayaan luar biasa yang Allah s.w.t anugerahkan sebagai bukti keagungan penciptaan-Nya. Dengan minda, manusia dapat menguasai segala-galanya dalam kehidupan termasuk kesihatan, karier dan masa depan. Potensi beginilah yang boleh digerakkan untuk mendapatkan apa yang dihajati melalui konsep 'the power of attraction'.

Biarkan minda individu dengan potensi 'daya tarikan' yang dimiliki itu 'menarik' apa yang seseorang inginkan dalam kehidupan sehingga menjadi realiti. Sebagai individu muslim mukmin, konsep ini seharusnya dimanfaatkan bagi memperoleh kejayaan dan kebahagian yang diredhai Allah s.w.t. Matlamat ini akan lebih mudah tercapai apabila individu meletakkan pergantungan, kepercayaan sepenuhnya kepada kekuasaan Ilahi dalam mewujudkan sesuatu kepada para hambanya. Bila pergantungan kepada Allah sangat kuat, maka mudahlah Allah memperkenankan apa yang menjadi hajat hamba-Nya.

Menelusuri satu situasi yang terjadi semasa peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Semasa dalam perjalanan, pergerakan baginda dan saidina Abu Bakar telah berjaya dihidu oleh seorang tentera kafir bernama Suraqah bin Jusyam yang sedang menjejaki untuk membunuh Rasulullah bagi meraih ganjaran 100 ekor unta yang ditawarkan oleh pembesar Quraisy. Beberapa kali usahanya gagal untuk membunuh baginda kerana kuda yang ditungganginya terjatuh. Akhirnya Suraqah memanggil Rasulullah s.a.w dan ingin bertaubat serta memohon ampun daripadanya. Dia juga meminta supaya tidak diapa-apakan dan berjanji tidak lagi memusuhi orang-orang Islam. Suraqah akhirnya memeluk Islam dalam peristiwa tersebut.

Dalam suasana yang sungguh sayu itu, tiba-tiba keluar daripada mulut baginda s.a.w, : "Wahai Suraqah, suatu hari nanti kamu akan gembira dengan pemberian hadiah yang berupa mahkota maharaja Parsi yang akan diberiakn kepada kamu.". Suraqah terkejut dengan ungkapan baginda itu,sukar baginya mempercayai apa yang telah didengarinya.

Sesungguhnya kata-kata baginda s.a.w menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, bilamana tentera Islam berjaya menakluki kerajaan Rom dan Parsi. Mahkota kerajaan Parsi diambil dan diserahkan Saidina Umar Al-Khattab kepada Suraqah bin Jusyam. Kata saidina Umar, " Inilah hadiah yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu suatu ketika dahulu".

Sebagai insan yang baru memeluk Islam, sudah tentu apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w benar-bnar terpahat dalam sanubari Suraqah. Sesuatu yang paling diingati saat itu tentulah mahkota maharaja Parsi, simbol keagungan kerajaan Parsi yang bakal jatuh ke tangan dirinya suau hari nanti. Sudah tentu Suraqah membayangkan bilakah masanya janji Rasulullah s.a.w itu akan berlaku. Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar.

Justeru itu, potensi minda harus dimanfaatkan menerusi potensi 'the power of attraction' ke arah memperoleh kualiti hidup yang lebih bermakna. Usahakan secara bersungguh-sungguh dengan mengharapkan ketentuan daripada Ilahi semoga natijah yang diperolehi daripada usaha ini akan turut mendapat keredhan daripada-NYA.

Wallahua'lam...

1 comment:

Raisul Fadhla Bin Safiruddin said...

Rahasia besar manusia sepanjang zaman adalah "The Law of Attraction"

Ana ada tulis ringkasan daripada buku "The Secret" yang membahas pasal ni.

Sila baca kat link kat bawah ni!

http://hikmahgroup.blogspot.com/2009/11/secret.html

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"