Sunday, July 26, 2009

Sanah Helwah Anakanda

Pertama kali saya terlupa mengucapkan happy birthday kepada buahati, Anis Hasyiqin Harithah...sudah menjadi kebiasaan saya menjadi orang pertama yang wish besday ahli keluarga...tetapi kali ini saya yang menjadi 'ammah terakhir yang wish. situasi ini sudah menjadi tradisi keluarga, setiap kali tibanya hari lahir ahli keluarga. inilah yang mengikat kemesraan kami. (^_^)... Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Anakanda Anis Hasyiqin yg ke 8... Maafkan Alang terlewat wish...

The Power Of Attraction

Minda manusia memiliki keupayaan luar biasa yang Allah s.w.t anugerahkan sebagai bukti keagungan penciptaan-Nya. Dengan minda, manusia dapat menguasai segala-galanya dalam kehidupan termasuk kesihatan, karier dan masa depan. Potensi beginilah yang boleh digerakkan untuk mendapatkan apa yang dihajati melalui konsep 'the power of attraction'.

Biarkan minda individu dengan potensi 'daya tarikan' yang dimiliki itu 'menarik' apa yang seseorang inginkan dalam kehidupan sehingga menjadi realiti. Sebagai individu muslim mukmin, konsep ini seharusnya dimanfaatkan bagi memperoleh kejayaan dan kebahagian yang diredhai Allah s.w.t. Matlamat ini akan lebih mudah tercapai apabila individu meletakkan pergantungan, kepercayaan sepenuhnya kepada kekuasaan Ilahi dalam mewujudkan sesuatu kepada para hambanya. Bila pergantungan kepada Allah sangat kuat, maka mudahlah Allah memperkenankan apa yang menjadi hajat hamba-Nya.

Menelusuri satu situasi yang terjadi semasa peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah. Semasa dalam perjalanan, pergerakan baginda dan saidina Abu Bakar telah berjaya dihidu oleh seorang tentera kafir bernama Suraqah bin Jusyam yang sedang menjejaki untuk membunuh Rasulullah bagi meraih ganjaran 100 ekor unta yang ditawarkan oleh pembesar Quraisy. Beberapa kali usahanya gagal untuk membunuh baginda kerana kuda yang ditungganginya terjatuh. Akhirnya Suraqah memanggil Rasulullah s.a.w dan ingin bertaubat serta memohon ampun daripadanya. Dia juga meminta supaya tidak diapa-apakan dan berjanji tidak lagi memusuhi orang-orang Islam. Suraqah akhirnya memeluk Islam dalam peristiwa tersebut.

Dalam suasana yang sungguh sayu itu, tiba-tiba keluar daripada mulut baginda s.a.w, : "Wahai Suraqah, suatu hari nanti kamu akan gembira dengan pemberian hadiah yang berupa mahkota maharaja Parsi yang akan diberiakn kepada kamu.". Suraqah terkejut dengan ungkapan baginda itu,sukar baginya mempercayai apa yang telah didengarinya.

Sesungguhnya kata-kata baginda s.a.w menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, bilamana tentera Islam berjaya menakluki kerajaan Rom dan Parsi. Mahkota kerajaan Parsi diambil dan diserahkan Saidina Umar Al-Khattab kepada Suraqah bin Jusyam. Kata saidina Umar, " Inilah hadiah yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu suatu ketika dahulu".

Sebagai insan yang baru memeluk Islam, sudah tentu apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w benar-bnar terpahat dalam sanubari Suraqah. Sesuatu yang paling diingati saat itu tentulah mahkota maharaja Parsi, simbol keagungan kerajaan Parsi yang bakal jatuh ke tangan dirinya suau hari nanti. Sudah tentu Suraqah membayangkan bilakah masanya janji Rasulullah s.a.w itu akan berlaku. Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar.

Justeru itu, potensi minda harus dimanfaatkan menerusi potensi 'the power of attraction' ke arah memperoleh kualiti hidup yang lebih bermakna. Usahakan secara bersungguh-sungguh dengan mengharapkan ketentuan daripada Ilahi semoga natijah yang diperolehi daripada usaha ini akan turut mendapat keredhan daripada-NYA.

Wallahua'lam...

Wednesday, July 22, 2009

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Assalamualaikum...Sekian lama saya tak update blog ni..hari ini saya hidangkan kisah insan yang kita semua cintai...walaupun kisah ini sudah terhafal dalam diari diri sahabat-sahabat sekalian... saya bawakan juga agar kita sama-sama menghayati kembali kisah Insan Agung yang amat mencintai umatnya...


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a, bapa saudara Rasulullah s.a.w. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.

Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas r.a. berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w.. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril a.s. akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad s.a.w.?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad s.a.w.."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad s.a.w. ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w. berdiri, baginda s.a.w. telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w.. Baginda s.a.w. melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w. dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril a.s. berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda s.a.w. bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril a.s. menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."

Baginda s.a.w. bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril a.s. berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda s.a.w. bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril a.s. berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda s.a.w. bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril a.s. berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"
Baginda s.a.w. bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril a.s. berkata kepada baginda s.a.w.: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad s.a.w. dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad s.a.w.. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril a.s. berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Baginda s.a.w. bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda s.a.w. menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil a.s. menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil a.s. menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman:

"Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi s.a.w. duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu umat (kumpulan). Nabi s.a.w. berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril a.s. menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa satu umat, baginda s.a.w. akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril a.s. berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril a.s. berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril a.s. berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w. menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s. berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w.!"

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda s.a.w. dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda s.a.w.. Baginda s.a.w. juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"
Jibril a.s. berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad s.a.w.?"

Jibril a.s. berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w. bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad s.a.w. berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad s.a.w. memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Akhiran..setakat manakah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w? hari ini sahaja, berapa kali kita berselawat ke atas beliau?...Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi ajma'iin

p/s: untuk cerita lebih lanjut boleh baca buku MALAM PERTAMA DI SYURGA

Thursday, July 2, 2009

Syukran Sahabat...

Hati terasa sayu..sebak saat kaki melangkah meninggalkan kampus darul quran semalam... sedih meninggalkan beban kerja kepada sahabat yang banyak berkorban... tak pernah merungut bila diminta tolong...jika ditanya siapa sahabat itu??? siapa lagi kalau bukan nurul afrida... salah seorang sahabat terbaik saya...
disebalik senyumannya, gelak ketawanya bersama kami...ada duka, gelisah yang melanda hati... sabarlah sahabatku...andai sahabatmu ini mampu laksanakan cita-cita mu... akan saya usahakan...semoga setiap pengorbananmu dinilai Allah.... insyaAllah..Ardul Kinanah pasti menjemputmu suatu hari yang Allah telah tetapkan...
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"