Thursday, October 11, 2007

Seindah hiasan..wanita solehah

Wanita solehah adalah baik akhlaknya serta menjalani segala yang diperintah Allah SWT. Sifat-sifat wanita solehah adalah seperti :

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya (fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang kepada lelaki lain"

2.MURAH MAHARNYA
" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK
" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i). Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN.
" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda :' Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis, supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia bersenda gurau dengan engkau.' "

5.WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA.
" Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT
" Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda : 'Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus' Syahwat itu akan bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan perasaan dan syahwat."

Humaira' : Antara keberkatan seorang wanita adalah murah maharnyer..
jom kita rebut keberkatan tue.. (^_^)

Sunday, October 7, 2007

Kontroversi Even Almighty..

Filem ''Evan Almighty" yang mendapat bantahan keras oleh beberapa mufti dan ulama' berikutan filem tersebut jelas menghina Nabi Nuh selain menggambarkan Tuhan dalam bentuk manusia. Namun begitu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetap mengekalkan penayangan filem tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas menghalang dan mengharamkan filem sebegini ditayangkan,kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam,lebih-lebih lagi yang masih cetek pengetahuan agamanya.


Kalau dilihat sebelum ini,telah banyak filem-filem yang menjadi kontroversi kerana ianya jelas menunjukkan unsur penghinaan terhadap agama Islam..seperti filem "Ten Commandment" mengisahkan Nabi Musa, kisah Nabi Muhammad dalam "Mohammad, Mesengger Of God, dan Nabi Isa dalam "The Passion Of The Christ". Sepatutnya filem-filem yang seangkatan dengannya mesti disenaraihitamkan daripada ditayangkan.

Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata tayangan "Evan Almighty" tidak perlu menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagaimana yang disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Dato' Mohd Hussain Syafie kerana ia sudah terang-terangan menghina Islam.
Tayangan filem tersebut juga tidak jauh beza dengan penyiaran karikatur Rasulullah S.W.A oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark.

"Mereka yang melaburkan wang untuk menonton Evan Almighty boleh dikira sebagai bersubahat kerana menyokong perkembangan filem berkenaan, malah jika mereka mengiakan setiap fakta dalam filem berkenaan secara sengaja atau tidak secara langsung, mereka tergolong dalam golongan murtad kufur", kata Mufti Johor.

Humaira' : bangkitlah umat islam..jangan biarkan Islam dipijak2 kuffar..

Saturday, October 6, 2007

Muhasabah......

Sedar tak sedar, Syawal makin menghampiri kita..ini bermakna Ramadhan kian meninggalkan kita..rugilah sesiapa yang tidak memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan..keampunan.. kerahmatan ini..

Hari Jumaat lepas,ana berkesempatan mengikuti Tazkirah Jumaat oleh Menteri Besar Kelantan yang amat dikasihi,Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.. katanya : bagaimana kita nak fikiran kita ke arah syurga??? jawapannya melalui tazkiyatunnafsi. Dan puasa merupakan cara untuk kita bersihkan hati kita..nak bersihkan hati bukan perkara senang.. kena jauhi riak,sum'ah dan lain2 lagi..

Kata Imam Ghazali : Cuba solat depan orang dan solat depan lembu, kalau ada perbezaan, sah lah hati kita kotor.

Marilah sama2 kita muhasabah diri kita..bagaimanakah hati kita??? adakah hati yang dapat memandu kita ke arah syurga atau ke arah neraka??? Kita bukan setakat perlu jaga kebersihan luaran..fizikal kita..tapi kita juga mesti menjaga kebersihan dalaman (org kelate sebut bersih hati perut).

Fikir-fikirkanlah......

p/s: tenang hati bila menatap wajah tok guru.. terfkir..bgaimana org sggup mengata, mencaci ulama' ini.. PROFESIONAL DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA'
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"