Monday, December 22, 2008

Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya dan hampir menyerah kalah pada kehidupannya. Dia sudah letih untuk berjuang. Baginya, setiap kali satu masalah selesai, akan timbul pula masalah yang baru.

Ayahnya seorang tukang masak, lalu membawanya ke dapur. Ayahnya mengisi 3 periuk dengan air kemudiannya menjerangnya di atas api. Setelah mendidih, ia meletakkan lobak merah ke dalam periuk, telur ke dalam periuk kedua dan serbuk kopi ke dalam periuk terakhir. Ayahnya membiarkan bahan-bahan itu mendidih tanpa berbicara. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit berlalu, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak lalu meletakkannya ke dalam sebuah mangkuk, mengangkat telur kemudian meletakkan nya di mangkuk lain, dan menuangkan kopi ke dalam mangkuk yang lainnya. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "apa yang kau lihat, nak?". "Lobak, telur dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya memakan lobak itu. Dia melakukannya tanpa bantahan dan merasakan bahawa lobak itu sangat enak. Selepas itu, ayahnya memintanya mengambil telur rebus dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya,didapati telur tersebut mengeras dan akhirnya ayahnya meminta dia untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum setelah memcicipi kopi kerana aromanya yang enak itu. Kemudian anaknya bertanya,"Apa ertinya semua ini, ayah?". Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya menghadapi kesulitan yang sama iaitu proses perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus, ia kuat, keras dan sukar dipatahkan tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut. Telur pula sebelumnya mudah pecah, cengkerangnya nipis melindungi isinya yang berupa cairan tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Manakala serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada dalam rebusan air, serbuk kopi mempengaruhi perubahan warna dan rasa air tersebut. "Kamu termasuk yang mana?" tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kamu menghadapinya? Apakah kamu lobak? Telur? @ kopi?

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..............

Bagaimana dengan anda??????

Apakah anda adalah LOBAK yang kelihatannya keras tetapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah kalah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau..... apakah kamu adalah TELUR yang awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis, namun setelah dihimpit masalah, patah hati @ kegagalan, kamu menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi dalam dirimu keras dengan jiwa dan hati yang kaku.

Atau kamukah serbuk KOPI? Serbuk kopi yang mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimum pada suhu 100 darjah celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuatkan keadaan sekitarmu juga semakin baik... Wallahua'lam...

Aisha : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji? ( al-Ankabut:2)

Wednesday, October 22, 2008

Cinta....

Cinta…
Suatu kalimah yang begitu indah untuk diungkapkan, apatah lagi apabila dimiliki… Satu istilah yang menggambarkan suatu perasaan harmoni, sayang, dan tenteram yang lahir dari dalam lubuk hati bernama insan dan sebahagian besar makhluk bernyawa…

------MENCINTAI ALLAH------
Dalam melampiaskan perasaan cinta, dari jiwa, hati dan naluri… cinta yang teragung mestilah untuk-Nya, untuk Dia. Tuhan yang Maha Esa. Yang mengurniakan kita segala-galanya yang kita miliki saat ini. Dia yang menjaga kita setiap detik, setiap saat… di mana jua posisi mhupun lokasi kita. Samaada kita berperangai baik mahupun sebaliknya. Dia tetap mengawasi kita.
Dalam persoalan cinta ini… persoalan iman adalah persoalan yang besar dan memainkan peranan yang utama dalam memberikan buah yang terbaik. Dengan iman-lah, membuahkan percaya. Dengan percaya-lah, membuahkan cinta. Dengan cinta membuahkan sayang dan tenteram. Lalu melahirkan harmoni…


Perlu difahami bahawa hakikat mencintai Allah adalah merupakan asas untuk memperolehi kesempurnaan Iman. Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika dia tidak mencintai Allah, kerana setiap individu yang mengaku dirinya beriman wajib terlebih dahulu mencintai Allah dengan sepenuh hatinya tanpa berbelah bagi. Belum sempurna akidah seseorang jika ia belum menyerahkan sepenuh cintanya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan menganugerahkan kemanisan iman (iman yang teguh) kecuali setelah seseorang itu benar-benar mencintai-Nya lebih dari segala-galanya. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w:
Kemanisan iman, lahirnya dari sebuah cinta yang tulus…


"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan (kesempurnaan) iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya". (Hadis Riwayat al-Bukhari)

"Cintailah Allah dengan sepenuh hati kamu". (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)
Cinta terbina kerana kita adalah hamba. Cinta yang lahir atas dasar ubudiyyah. Kita adalah insan, makhluk yang senantiasa mengharapkan kemurahan sifat dari-Nya… Andainya, sifat pemurah-Nya jauh dari kita… bagimanalah keadaanya kita…


"Cintailah Allah yang telah memberi kamu makan dari nikmatNya" (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Dalam mengharap cinta… bercintalah atas dasar binaan dari cinta kepada-Nya. Cinta yang lahir dengan didasari memburu redha Ilhai. Terbina dengan jalinan dan ikatan yang dilaksanakan atas practical-nya sifat uluhiyah dan ubudiyyah. Demi sebuah ketulusan sebagai seorang hamba kepada Rabb.

"Aku memohon cinta-Mu (ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Dalam persoalan iman/tauhid/akidah, cinta itu dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian sepertimana yang diutarakan ini…

1 – Pertamanya…

Cinta secara tabii atau secara fitrah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:

(i). Cinta secara tabii yang muncul dari perasaan rahmah (belas kasihan) dan kasih sayang, seperti mencintai ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarga sebagaimana firman Allah:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". (Ali Imran 3:14)

Walaupun hakikat cinta seperti ini dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang bergelar insan… malah diizinkan oleh syara’, namun ia tetap memiliki batas yang perlu dipegang dan dijaga supaya tidaklah nanti membelakangkan cintanya kepada Allah dan ditakuti menjerumuskan dirinya ke dalam melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama kerana terpengaruh dengan perasaan, nafsu, kepentingan dan kehendak orang yang dicintainya atau benda-benda yang dicintainya. Dalam hal ini, Allah memberikan peringatan-Nya supaya manusia tidak tersilap langkah lalu terpengaruh kepada hal-hal yang membahayakan dirinya hasil dari perasaan cinta yang dimiliki…

"Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka". (at-Taghaabun 64:14)

(ii) Cinta secara tabii/fitrah seperti mencintai makanan dan minuman yang terbit lantaran takut ditimpa kelaparan dan kehausan. Mencintai harta kerana takut dihimpit kepapaan atau mencintai kesihatan lantaran takut diserang penyakit. Mencintai perkara-perkara yang tersebut di atas tetap tidak dibolehkan melampaui batas (ghalu) sehingga melupakan Allah dan tanggung jawab ibadah terhadap-Nya seperti berzakat, infak dan sedekah. Kerana mencintai perkara-perkara tersebut sehingga ke tahap berlebih-lebihan merupakan perbuatan jahiliyyah yang boleh membawa kepada perbuatan syirik dan melupakan Allah.

Dalam perkara ini, Allah berfirman:
"Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur-baurkan (yang halal dan yang batil) dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan". (al-Fajr 89:18-20)

Orang-orang yang beriman mencintai makanan, minuman dan benda-benda keduniaan demi kerana atas dasar cintanya terhadap Allah, dan cintanya terhadap semuanya itu tidak dapat mengatasi cintanya terhadap Allah, sehingga tidak akan merasa kikir untuk mengeluarkan zakat, infak atau bersedekah. Sikap orang mukmin itu suka memberi sedekah makanan dan benda-benda yang disukainya. Kerana orang mukmin sentiasa mencintai akhiratnya lebih dari dunianya dan bukan sebaliknya.

Sebagaimana firman-Nya:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya (digemarinya) kepada orang miskin, anak yatim dan orang-orang tawanan". (al-Insaan 76:8)
"Orang-orang yang lebih mencintai kehidupan dunia daripada kehidupaan akhirat". (Ibrahim 14:3)
"Hai anak Adam! pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan". (al-A’raaf 31:7)
(iii). Termasuk cinta yang tabii/fitrah juga adalah mencintai kesempurnaan, kenikmatan dan keelokan/kecantikan sama ada yang bersangkut-paut dengan ilmu pengetahuan atau sesuatu yang tabii seperti mencintai budi pekerti luhur dan amanah, mencintai kesempurnaan hasil reka-cipta yang membawa kepada kebaikan dan seumpamanya.
Umpamanya, dengan adanya sikap mencintai budi pekerti yang luhur seperti amanah nescaya akan menghasilkan tindakan/natijah yang bermutu kerana tabii manusia suka kepada setiap yang bermutu.
Mencintai kenikmatan seperti mencintai manisan madu, kelazatan makanan dan sebagainya adalah cinta secara tabii yang ada pada setiap fitrah kelahiran manusia. Hal seperti ini, termasuklah juga dalam hal mencintai kecantikan isteri, kecantikan kenderaan, keindahan rumah, kecantikan pakaian, perhiasan, pemandangan yang indah dan sebagainya. Cinta dalam hal seperti ini diharuskan selagi tidak keterlaluan dan berlebih-lebihan.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang sikapnya yang suka kepada kecantikan, lalu Nabi memuji sikapnya itu asalkan tidak membawa kepada riyak dan pembaziran. Kemudian baginda menegaskan bahawa Allah itu cantik, Dia suka kepada kecantikan yang ditunjukkan oleh hamba-Nya sebagaimana sabda baginda:
"Allah itu cantik, Dia sukakan kecantikan".
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan cinta, maka dengan itu juga, Allah tidak lupa meng-anugerahkan garis panduan dalam menghadapi persoalan cinta yang tertanam di lubuk jasad setiap insan. Dengan agama-lah kita mampu mengawal perasaan cinta, anugerah yang indah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kepada Allah-lah wajar kita merujuk hakikat kecintaan yang asalnya memang dianugerahkan oleh-Nya…


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)". (Ali Imran 3:14)

(iv). Seterusnya, hakikat cinta juga ditujukan/dilahirkan atas dasar kebaikan yang ditonjolkan dan mencintai orang yang berlaku baik (orang yang beriman) seperti mencintai pengorbanan seseorang sahabat, pertolongan seseorang di masa kecemasan dan seumpamanya. Dalam hal ini juga masih tetap tidak boleh melampaui batas dan berlebih-lebihan terhadap apa yang dicintai.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Tidak beriman seseorang kamu sebelum mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri". (Hadis Riwayat al-Bukhari.)


"Dari Ibn Abbas berkata: Sesiapa yang mencintai (saudaranya yang mukmin) kerana cintanya pada Allah, membenci (orang-orang kafir dan fasik) kerana mencintai Allah dan membenci (musuh-musuh) kerana cintanya pada Allah. Maka ia akan diangkat menjadi Waliullah kerana cintanya. Seseorang hamba tidak akan merasai kemanisan iman sekalipun banyak bersembahyang dan berpuasa sehinggalah ia menjadi seperti itu (mencintai Allah)". (Hadis Riwayat Ibn Jarir)

2 – Keduanya…

Cinta yang merosakkan tabii/fitrah, seperti mencintai apa sahaja yang berkaitan dengan dunia untuk memuaskan hawa nafsunya dan meninggalkan saranan wahyu bagi membimbing rasa cinta yang terwujud itu. Seseorang itu dianggap telah melanggar fitrahnya walaupun pada diri seseorang yang mengakui sebagai Muslim. Persoalan dalam hal ini adalah seperti mencintai harta kekayaan dengan rakusnya, melibatkan diri di dalam kancah politik taghut, mengamalkan ekonomi kuffar, perundangan bukan dari saranan wahyu dan apa sahaja yang memberi keuntungan pada dirinya yang lantas menjadikannya menyisihkan agama atau ketetapan syara’. Orang-orang yang rosak tabiinya seperti ini dianggap sebagai berdosa dan mungkin ditakuti menjadi fasik malah tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah jika tidak bertaubat. Ianya adalah sebagaimana firman-Nya:
"Yang demikian itu disebabkan kerana sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat dan bahawasanya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang ingkar". (an-Nahl 16:107)


Antara lain… cinta yang terkeluar dari bimbingan syara’ ialah perbuatan mencintai dunia sehingga membawa kepada sifat lalai terhadap kewajipan agama akibat memiliki sikap yang berlebih-lebihan. Hal ini juga telah diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran:
"Maka ia berkata: Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingati Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan". (Saad 38:32)


3 – Ketiga…

Dalam bahagian yang seterusnya ini, ia adalah difokuskan kepada persoalan cinta yang ter-agung sekali. Iaitu merupakan cinta yang khusus untuk Allah s.w.t yang melibatkan amalan ubudiyah yang tidak boleh berbelah bagi atau disekutukan dengan makhluk. Cinta dalam hal ini merangkumi persoalan ketaatan, mengagungkan, menyerah diri, tunduk dan khusuk semata-mata untuk Allah, kerana Allah yang mana tidak boleh disekutukan dengan makhluk-Nya. Menyekutukan cinta yang bersifat ubudiyah adalah merupakan sebahagian daripada perbuatan jahiliah, amat keji, mungkar dan membawa kepada syirik. Perbuatan yang membawa kepada kesyirikan digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran seperti berikut:

"Dan antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman itu bersangatan cintanya kepada Allah". (al-Baqarah 2:165)
Ayat di atas menunjukkan wujud di kalangan manusia yang mempersembahkan perasaan cinta terhadap makhluk lebih dari mencintai Allah s.w.t sehingga mengangkat dan menyanjungnya ke taraf ketuhanan. Ayat di atas juga menunjukkan bahawa sesiapa yang menyintai sesuatu lebih dari menyintai Allah sehingga melampaui batas, maka apa yang dicintai itu telah dijadikan andad, iaitu sesuatu yang diserupakan atau disetarakan dengan Allah s.w.t. yang mana Allah sendiri dengan jelas mengharamkan perbuatan sedemikian, sebagaimana firman-Nya:


"Maka janganlah kamu membuat tandingan (peyerupaan) bagi Allah, pada hal kamu mengetahui". (al-Baqarah 2:22)

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Masoud, beliau berkata:
"Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w; wahai Rasulullah, dosa apakah yang paling besar? Beliau menjawab: Engkau meyamakan Allah (dengan makhluk) sedangkan Dia mencipta engkau".

Monday, April 21, 2008

Selamat Bertunang


Selamat bertunang buat kakak tersayang dengan abe Hafiz Mahmud... Semoga ikatan kalian kekal sehingga diijabkabulkan..dan kekal selama-lamanya..

Majlis pertunangan tetap meriah walaupun tanpa kehadiran abe Hafiz.. Mabruk adik ucapkan..

Aisha: Tak sabar nak makan nasi minyak..

Wednesday, January 30, 2008

Sedetik Bersama Seabad Terasa..Ummu Sulaim

Dari kiri: Ijat,E,Sofiani,Fatihah,Nini,Salwa.Duduk: Erni



...Pejam celik...pejam celik...tak sedar episod perpisahan semakin menghampiri... terasa sayu di hati...satu persatu kenangan bersama usrah bermain di kepala...dari saat usrah yang pertama hinggalah sekarang...bermacam-macam kenangan..USRAH UMMU SULAIM..
Alfun Syukran buat naqibah yang amat aku kasihi..Along Nor Latifah Othman dan Angah Nurun Nazurah Jalaluddin..kerana jasa merekalah ,dari seorang yang tidak tahu apa-apa..aku menjadi diriku yang sekarang..walaupun tak sehebat adikberadik yang lain..
Terima kasih juga buat adik beradik usrah yang sangat disayangi... Anje Azyan Syazwani Ahmad Adri, Ateh Nini Nur Fatim Muhammad, Adeq Mazawani Murad,Anjang Fatihah Salleh, Acik Afiqah Mohamad, Ude Erni Ermira Mohd Nor, Ayang Sofiani Osman, Ayong Rokhaizat Rahmat, Usu Siti Nur Jannah, dan Alang Wan Salwa Wan Hassan... kerana kalian la..aku merasai manisnya ukhuwah...
Bila difikirkan..terasa tak sanggup nak lalui detik perpisahan yang sedang menanti... walaupun sebelum ni..ummu sulaim dah kehilangan dua orang adikberadik iaitu afiqah yang menyambung pengajian di USIM dan Jannah di Maktab (lupa nama tempat ape..yang pastinya kat terengganu)...dalam masa terdekat ni pulak...2 orang naqibah ku pula yang akan meninggalkan kami... Inilah yang dikatakan asam garam kehidupan......


Pelajar IPT:boleh mengundi,tak boleh terlibat...

KOTA BAHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bahawa mereka boleh mengundi jika nama tersenarai di dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jangan sekali-kali mengambil bahagian dalam aktiviti mana-mana parti politik.
Mustapa berkata pelajar tidak seharusnya hilang fokus terhadap tugas utama mereka iaitu belajar dan membiarkan diri dipengaruhi pihak tertentu untuk terlibat dalam politik.
"Mereka boleh mengundi jika berdaftar tapi tidak boleh ambil bahagian cergas dalam mana-mana parti politik termasuk melakukan demonstrasi dan seumpamanya. Kita tidak akan benarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru 2008 kepada pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang turut menceritakan pengalaman beliau semasa berada di angkasa lepas kepada lebih 2,000 pelajar IPT awam dan swasta seluruh Kelantan.
Katanya tindakan keras akan diambil terhadap pelajar yang menyalahi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 termasuk dibuang daripada pengajian dan mereka tidak akan diterima mana-mana IPT awam dan swasta yang lain.
Beliau berkata kementerian telah mengarahkan semua IPT memantau pelajar masing-masing sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-12 nanti.
Katanya beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin pelajar 10 IPT dan kesemua mereka berjanji akan mematuhi peraturan yang ditetapkan berhubung perkara itu.
"Mereka turut menyatakan pendirian tidak bersama dengan segelintir kecil pelajar yang telah dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab dan majoriti pelajar IPT sendiri mengakui mereka tidak senang dengan tindakan keterlaluan sesetengah pelajar yang telah terpengaruh itu," katanya. BERNAMA
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"