Thursday, October 28, 2010

PERANAN AKHAWAT - 1

PERANAN AKHAWAT DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Mengembangkan pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka

Gerakan Islam pertama yang diasaskan oleh Al-Imam Hassan Al-Bannna merupakan titik tolak bekembangnya jemaah-jemaah dan harakah-harakah Islam di seluruh dunia. Dalam memacu dunia gerakan Islam, Imam Hassan Al-Banna mengiktiraf golongan wanita Islam atau muslimah sebagai golongan yang menjadi sayap kiri kepada kaum muslimin dalam gerakan Islah dan Dakwah ummah ini. Kini, muslimah bukan sahaja di pandang sebagai pembantu kepada golongan muslimin dalam gerakan Islam, malah kehadiran mereka telah banyak memberi kesan kepada masyarakat sesuai dengan matlamat harakah Islamiah iaitu al-Hudhur al-Muassir(kehadiran yang memberi kesan). Atas dasar inilah tertegaknya Nizhom Akhawat di dalam tanzim gerakan Islam, di samping menjaga kebajikan dan kemuliaan wanita Islam dalam berharakah.

Antara elemen penting Nizhom Akhawat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam karangannya; Prinsip-prinsip Asas 'Amal Islami ialah "Mengembangkan pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka". Elemen ini menegaskan bahawa kewajipan untuk setiap ahli muslimah dalam harakah Islam untuk merencanakan keilmuan mereka di setiap sudut dalam domainnya sebagai gambaran muslimah adalah agen muslih dalam masyarakat. Antara langkah yang pelaksanaan yang digagaskan untuk dilaksanakan ialah:

· Mengadakan perbincangan dan perbahasan sesama muslimat berkaitan Fiqh Wanita untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan wanita tentang dunia wanita Islam

· Menganjurkan seminar/bengkel berkenaan perkara-perkara ilmiah dan isu semasa di domain masing-masing untuk mengetuk pemikiran dan mentaliti wanita berkenaan peranan wanita dalam masyarakat terhadap gejala-gejala negative yang sedang melanda di kalangan wanita

· Menulis/mengarang artikel tentang hakikat kewanitaan dan isu-isu wanita dan diedarkan hasil tulisan untuk tatapan masyarakat umum khususnya wanita bagi menyampaikan mesej peribadi berkenaan masalah yang sedang melanda dan penyelesaian terhadap permasalahan itu

· Mencipta modul-modul yang kreatif tentang perihal kewanitaan dan dilaksanakan di setiap domain ahli harakah muslimah

Mohamad Taufik Abdul Aziz
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"