Thursday, October 28, 2010

PERANAN AKHAWAT - 1

PERANAN AKHAWAT DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Mengembangkan pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka

Gerakan Islam pertama yang diasaskan oleh Al-Imam Hassan Al-Bannna merupakan titik tolak bekembangnya jemaah-jemaah dan harakah-harakah Islam di seluruh dunia. Dalam memacu dunia gerakan Islam, Imam Hassan Al-Banna mengiktiraf golongan wanita Islam atau muslimah sebagai golongan yang menjadi sayap kiri kepada kaum muslimin dalam gerakan Islah dan Dakwah ummah ini. Kini, muslimah bukan sahaja di pandang sebagai pembantu kepada golongan muslimin dalam gerakan Islam, malah kehadiran mereka telah banyak memberi kesan kepada masyarakat sesuai dengan matlamat harakah Islamiah iaitu al-Hudhur al-Muassir(kehadiran yang memberi kesan). Atas dasar inilah tertegaknya Nizhom Akhawat di dalam tanzim gerakan Islam, di samping menjaga kebajikan dan kemuliaan wanita Islam dalam berharakah.

Antara elemen penting Nizhom Akhawat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam karangannya; Prinsip-prinsip Asas 'Amal Islami ialah "Mengembangkan pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka". Elemen ini menegaskan bahawa kewajipan untuk setiap ahli muslimah dalam harakah Islam untuk merencanakan keilmuan mereka di setiap sudut dalam domainnya sebagai gambaran muslimah adalah agen muslih dalam masyarakat. Antara langkah yang pelaksanaan yang digagaskan untuk dilaksanakan ialah:

· Mengadakan perbincangan dan perbahasan sesama muslimat berkaitan Fiqh Wanita untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan wanita tentang dunia wanita Islam

· Menganjurkan seminar/bengkel berkenaan perkara-perkara ilmiah dan isu semasa di domain masing-masing untuk mengetuk pemikiran dan mentaliti wanita berkenaan peranan wanita dalam masyarakat terhadap gejala-gejala negative yang sedang melanda di kalangan wanita

· Menulis/mengarang artikel tentang hakikat kewanitaan dan isu-isu wanita dan diedarkan hasil tulisan untuk tatapan masyarakat umum khususnya wanita bagi menyampaikan mesej peribadi berkenaan masalah yang sedang melanda dan penyelesaian terhadap permasalahan itu

· Mencipta modul-modul yang kreatif tentang perihal kewanitaan dan dilaksanakan di setiap domain ahli harakah muslimah

Mohamad Taufik Abdul Aziz

Saturday, September 11, 2010

Permata Hati





Gambar atas : Hawa Khaleelah Mohd Hafiz.
Gambar bawah: Adam Khaleel Mohd Hafiz


Alhamdulillah awal pagi 31 Ogos lepas kakak saya selamat melahirkan sepasang baby kembar...Adam Khaleel bin Mohd Hafiz dan Hawa Khaleelah binti Mohd Hafiz...

Alhamdulillah kedua-duanya sihat cuma Adam masih di tempatkan dalam inkubator kerana tak cukup berat badan..tapi sangat aktif (menurut kata kakak)...

Tahniah buat abang Mohd Hafiz Mahmud dan kakak Siti Ruhani Abdul Samat..
Jaga dan didiklah amanah yang dikurniakan..moga menjadi anak-anak yang soleh solehah dan penerus perjuangan Rasulullah s.a.w...

Aisha:sedih tengok adam duk dalam inkubator...cepat besar yer sayang..

Wednesday, August 25, 2010

Berminda Pelajar Bukan Graduan

Kenapa perlu berminda pelajar? bukan berminda sebagai graduan.Apakah perbezaan antara berminda pelajar dengan berminda graduan???
Nak tahu jawapannya..sila baca dulu... (^_^)


Kita perlu mempunyai minda pelajar atau dalam ertikata lain mempunyai mindset seorang pelajar. Seorang pelajar akan mencari input tambahan yang mampu untuk membantunya dalam peperiksaan. Seorang pelajar masih merasakan dirinya seorang pelajar walaupun dia lulus dalam peperiksaan tetapi seorang graduan merasakan dirinya sudah cukup berilmu dan tidak perlu untuk mencari lebih banyak ilmu untuk kemajuan diri.

Di sinilah titik perbezaannya, jika kita mempunyai mindset seorang pelajar kita akan sering mencari jalan untuk memperbaiki diri serta dapat lulus dalam peperiksaan, yang bermakna seseorang itu dapat mencapai satu lagi takuk kejayaan dalam hidup. Dengan adanya minda pelajar dalam diri kita maka dengan sendirinya kita akan dapat merasakan ketidaktentuan dalam takdir hidup. Kita hanya akan memberi nasihat kepada yang meminta setelah kita merasakan buah dari usaha yang kita lakukan selama ini. Jika kita lulus dengan cemerlang maka seharusnya kita mengembangkan rahsia yang dapat memberi kejayaan tanpa memandang rendah kepada orang lain. Jika kita berada dalam minda graduan kita akan memberi nasihat bukan dari pengalaman tetapi dari teori yang kita ketahui.

Sering terjadi teori adalah lebih mudah untuk diperkatakan dari dilakukan. Jika kita melihat sebuah kesusahan maka berdoalah kepada Tuhan agar ianya menjadi tauladan dan selalulah berterima kasih atas segala kurniaanNya. Inilah beberapa perkara yang sering kita lupakan. Ingatlah tidak ada seorang manusia pun di dunia yang ingin menjadi susah. Jika anda melihat sebuah kesusahan lihatlah dari sudut positif, mungkin memikirkan kaedah terbaik untuk membantu dan bukan dari sudut negatif seperti terus mengkritik kesusahan tersebut, mengapa mereka tidak berusaha dan sebagainya. Jika anda berada dalam keadaan mereka mungkin anda akan mengerti mengapa mereka tidak dapat melakukan sesuatu perubahan dan sebelum kata-kata nasihat keluar dari mulut anda ingatlah langit tidak selalu cerah.

Berjiwa pelajar, bukan graduan. Jadikanlah diri anda seperti gelas yang kosong, yang sentiasa dapat diisi. Bukan menjadi gelas yang sentiasa penuh dan tertutup.

Monday, July 26, 2010

Kisah Katak...

Mungkin sahabat-sahabat pembaca sudah biasa mendengar @ membaca kisah ini..tetapi saya ingin membawa juga kisah ini sebagai refresh kepada kita...bagi yang belum pernah mengetahui kisah ini,selamat membaca dan menghayati apa yang nak disampaikan... (^_^)

Di suatu ketika ada sekumpulan katak-katak berkumpul untuk mengadakan satu pertandingan. Mereka berbincang apakah pertandingan yang dapat memberi cabaran; yang dapat menguji serta memperlihatkan kehebatan katak dan billakah waktu yang sesuai untuk mereka mengadakan pertandingan tersebut. Pelbagai cadangan diterima, ada yang mengatakan pertandingan mencari serangga, ada juga yang mencadangkan pertandingan suara terhebat dan banyak lagi. Tiba-tiba ada seekor katak yang datang dengan cadangan yang lain dari lain. Katak tersebut mencadangkan agar diadakan cabaran perlumbaan ke puncak menara komunikasi yang begitu tinggi. Ramai yang terkejut mendengar cadangan yang tidak masuk akal ini. Namun katak tersebut bukanlah katak sembarangan, dengan hujah serta pandangan yang begitu menakjubkan maka kumpulan katak-katak tersebut bersetuju untuk mengadakan pertandingan tersebut.

Setelah dipersetujui waktu dan tarikh, maka promosi pertandingan itu diadakan secara besar-besaran. Banyak katak-katak menyertainya kerana hadiahnya juga lumayan dan mereka bakal mencipta rekod dunia. Masing-masing mula berlatih, menambah stamina dan pelbagai cara lagi dilakukan untuk memastikan mereka sihat dan kuat pada hari pertandingan dan tak lupa juga mereka mencari pakar-pakar motivasi untuk menolong mereka dari segi moral. Pada satu pagi yang nyaman mereka berkumpul tidak jauh dari menara yang tinggi itu bagi memulakan pertandingan. Begitu ramai penonton mengelilingi katak-katak tersebut bagi melihat satu pertandingan tidak masuk akal. Katak-katak tersebut begitu bermotivasi kerana telah menjalani latihan yang cukup serta telah dimotivasikan oleh mereka yang pakar.

Sebenarnya hampir kesemua penonton yang datang tidak percaya yang katak-katak ini akan berjaya memanjat menara jaya yang cukup tinggi itu. Kedatangan mereka hanyalah untuk melihat kegagalan katak-katak tersebut dan bagi mereka ianya pasti menghiburkan apabila melihat setiap seekor katak-katak yang bertanding jatuh kecundang dengan pelbagai aksi. Setelah kesemua peserta bersedia maka pengadil meniup wisel tanda permulaan telah di mulakan. Melompat-lompatlah katak-katak tadi dengan penuh harapan akan menjadi juara dalam pertandingan yang diadakan tambahan lagi wang untuk persediaan telah banyak dilaburkan.

Ketika bermulanya pertandingan terdengar suara-suara sumbang yang berkata “ aku yakin kata-katak ni, tidak seekor pun menang kerana mana boleh katak panjat menara, kelakarlah…” Kata-kata tersebut disambut oleh seorang lagi penonton “ aku pun yakin macam tu”. Tetapi dek kerana kuatnya semangat tadi katak-katak tersebut tidak mempedulikannya dan terus memanjat menara yang tinggi tadi. Ketika mula menaiki aras pertama menara tersebut, seorang penonton berteriak menyuruh katak-katak tersebut melihat ke atas dan mentertawakan katak-katak tersebut kerana mereka pasti akan jatuh dan tidak mampu untuk naik ke atas. Tiba-tiba beberapa ekor katak memandang ke atas dan mereka terhenti dari melakukan pendakian dan jatuh dari aras tersebut. Meskipun begitu peserta-serta lain tidak mempedulikan apa yang berlaku, mereka terus cekal dalam mengharungi cabaran pendakian. Sedang mereka mendaki ke aras seterusnya penonton terus bersorak sambil mengejek “tak payah lah di teruskan benda yang tak mungkin kamu lakukan, kamu tak mungkin berjaya… ha.. ha.. ha”. Begitulah sorakan penonton yang hanya ingin melihat kegagalan dalam pertandingan itu. Semakin kuat sorakan begitu semakin banyak katak-katak yang jatuh dan aksi kejatuhan mereka merupakan hiburan kepada penonton. Mereka begitu terhibur melihat katak-katak yang bertanding gagal dan jatuh.

Tetapi dalam banyak-banyak katak yang bertanding terdapat seekor katak yang begitu bersemangat dan tidak langsung menghiraukan sorakan negatif penonton. Ia terus melompat dan melompat. Katak-katak lain biarpun telah dimotivasi oleh pakar-pakar namun tidak dapat meneruskan pendakian menara puncak jaya yang tinggi kerana mereka mula lemah apabila mengenangkan ketinggian menara tersebut. Dalam fikiran mereka ada betulnya apa yang dikatakan para penonton kerana pertandingan ini merupakan satu kerja yang mustahil, biar pun mereka tahu berada di puncak merupakan satu penghargaan yang tinggi nilainya dalam kehidupan seekor katak.

Di kala seekor demi seekor katak kecundang jatuh ke tanah, katak yang tadi terus sahaja memanjat menara tadi tanpa memperdulikan ejekan penonton yang ingin melihat aksinya jatuh dari aras yang cukup tinggi. Namun harapan penonton tadi tidak kesampaian kerana katak tersebut akhirnya sampai ke puncak dan menjadi katak pertama dalam dunia yang berjaya memanjat menara jaya hingga ke puncaknya yang terkenal tinggi itu. Katak-katak lain kagum dengan kebolehan katak tersebut sampai ke puncak. Apabila katak yang berjaya turun dari puncak, maka berebut-rebutlah mereka bertanya kepada katak-katak tersebut tentang rahsia kejayaan hingga berjaya sedemikian rupa.

Apabila ditanya apakah rahsia katak tersebut mempunyai kekuatan yang cukup tinggi biarpun lebih kecil berbanding dengan katak-katak lain, katak tersebut tidak menjawab satu soalan pun. Setelah berkali-kali ditanya tanpa menerima sebarang jawapan maka mereka berpendapat bahawa katak kecil ini sengaja mahu merahsiakan kunci kejayaannya. Mereka mula beredar menjauhi katak kecil itu tadi, tiba- tiba datang seekor lagi katak yang memberitahu dia adalah teman kepada katak kecil yang berjaya tadi. Ia meminta maaf kerana katak kecil yang berjaya tadi tidak menjawab, tetapi itu tidak pula bermakna ia sombong jauh sekali merahsiakan kunci kejayaannya. Tambah teman si katak tadi sebenarnya katak kecil tadi bukan sahaja kecil dari segi saiznya tetapi katak itu juga pekak. Meloponglah kata-katak yang mendengar cerita teman katak kecil tadi. Barulah mereka tahu bahawa katak kecil itu berjaya hingga ke puncak kerana ia pekak dan tidak langsung mendengar ejekan para penonton.

Kita juga perlu menjadi pekak untuk berjaya, pekak dari mendengar kejian, pekak dari mendengar komen negatif dan dari mereka yang pesimis. Jika kita duduk seiring dengan mereka yang sering tidak percaya yang Allah swt mampu memberi apa saja secara tidak langsung kita juga akan terbelakang kerana kita yakin sesuatu yang ingin kita lakukan adalah perkara yang sukar dan kegagalan pasti menjelma. Kita tidak pula menjadi pekak dari mendengar pandangan positif yang mampu memberi ruang lebih besar untuk berjaya tetapi kita perlu menjadi pekak dengan pujian melampau kerana kita perlu ingat bahawa kita ini fakir. Yang memberi kejayaan itu adalah Allah swt. Jika kita percaya bahawa kita sebenarnya yang mencipta kejayaan maka kita taksub dengan diri dan ia bakal mengundang kerosakan. Ketahuilah kita hanya pelakon yang berusaha untuk menghayati watak sebaik mungkin agar lakonan kita berjaya. Kita mampu melakukan apa sahaja tetapi keputusan adalah hak milik mutlak Allah swt, maka kita perlu faham bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah kurniaanNya.

Oleh yang demikian seringlah berterima kasih kepadaNya agar kejayaan yang ada berkekalan dan berpanjangan. Untuk menjadi pelakon dunia yang baik kita perlu menjadi pekak dari ejekan, ugutan bahkan hinaan. Kita juga perlu pekak dari pujian kerana pujian sering juga menjatuhkan seseorang kerana ia mencipta kealpaan. Ingatlah kita tidak hidup kerana pujian dan tidak pula mati kerana keji.

Thursday, July 8, 2010

Pilih Nak Yang Mana..

Setiap hari setiap ketika kita dihidangkan dengan pelbagai kejadian untuk dialami samada ianya memberi kesan terhadap hidup kita ataupun tidak. Setiap kejadian itu juga merupakan satu pengalaman untuk kita dan ianya bergantung kepada kita samada untuk mengambil pengajaran dari setiap pengalaman yang kita alami atau membiarkan sahaja ianya menjadi satu episod hidup.

Seorang yang sedang berhadapan dengan masalah akan mengalami satu tekanan yang mungkin akan membuatkannya hilang pertimbangan, namun dia sebenarnya punya pilihan samada untuk menjadikan masalah yang dihadapinya itu satu panduan masa hadapan atau menjadikannya satu beban perasaan yang lama kelamaan akan memakan diri sendiri jika tidak selesaikan. Ianya amat bergantung bagaimana kita mentafsir serta menerima tekanan tersebut.

Manusia mempunyai beberapa jenis pandangan yang berbeza dan impak setiap pandangan itu amat bergantung kepada bagaimana si pemilik tubuh itu menyusun aturan tubuh-tubuhnya. Secara mudahnya manusia ini dapat dikatakan mempunyai tiga jenis tubuh yakni tubuh zahir (fizikal), tubuh batin (emosi dan minda) serta tubuh rohani (spiritual). Maka setiap tubuh ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap setiap kejadian bergantung dengan siapa ketua mereka.

Jika tubuh zahir yang menjadi ketua maka selalunya ia akan disertai dengan hawa panas yang merimaskan tetapi jika sebaliknya tubuh spiritual yang dijadikan ketua yang membentuk pandangan kolektif manusia terhadap kehidupan, maka setiap kejadian itu akan dilihat sebagai satu rahmat.

Untuk memahaminya dengan lebih jelas lagi, kita ambil satu senario yang mana anda sedang menunggu seorang teman yang berjanji untuk bertemu dengan anda pada jam 3 petang. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, anda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah lebih awal agar dapat sampai ke tempat yang dituju sebelum jam 3 petang. Rancangan anda membuahkan hasil apabila anda dapat sampat ke tempat yang dijanjikan lebih awal iaitu kira-kira jam 2.40 petang. Anda kemudiannya mengandaikan yang teman anda akan datang selewat-lewatnya jam 3 petang sesuai dengan perjanjian sebelumnya. Anda mengambil satu keputusan untuk duduk menunggu teman anda di ruang menunggu sambil anda dapat dapat melihat keadaan sekeliling. Namun setelah lebih setengah jam menanti anda tidak melihat lagi kelibat teman anda di kawasan tersebut. Usaha anda seterusnya ialah menghubungi beliau namun dia tidak dapat dihubungi. Anda makin resah dan mula merasa kecewa bercampur geram. Sepuluh minit kemudia teman anda datang sambil memohon maaf atas kelewatannya. Dia kemudiannya menerangkan yang dia tersangkut dalam kesesakan jalanraya apabila kereta di hadapannya mendapat kemalangan. Sekali lagi dia memohon maaf kepada anda.

Jika kita lihat lebih dalam terhadap kejadian ini dan melihat dari perspektif mana anda menilai sesuatu kejadian maka kita akan melihat perbezaan impak kejadian terhadap hidup anda. Jika anda melihatnya dengan zahir kemudian batin dan barulah spiritual, maka impaknya adalah negatif kerana anda resah, marah, kecewa dan akhirnya mungkin bermasam muka. Apabila anda melihat dengan (1) ZAHIR – mata anda akan memerhatikan sekeliling, anda akan mula merasa dilihat dan anda juga mula malu. Maka anda akan cenderung melihat jam yang pada perkiraan anda mungkin lambat dan membosankan.

Kemudian (2) BATIN anda yang terdiri dari EMOSI dan MINDA mula memberi reaksi terhadap apa yang anda lihat dan dengar. Elemen emosi yang berada dalam lingkungan batin akan mula memberi reaksi negatif terhadap kejadian menunggu teman anda tadi. Anda mula beremosi, anda mula kecewa, anda juga mula untuk marah kepada teman anda kerana kelewatannya. Minda anda mula mencari jalan keluar dan harus anda ingat dalam keadaan beremosi jalan keluar yang selalu diambil adalah kurang rasional. Minda anda akan berkata-kata dan ianya secara tidak langsung ia kini mengusik ketenteraman tubuh spiritual anda.

(3) tubuh SPIRITUAL anda mengalami ketidaktentuan kerana konflik yang dicetuskan oleh emosi dan minda.


Emosi sering mengganggu minda dalam memberi pandangan yang bernas terhadap satu-satu kejadian. Justeru itu jika anda mengamalkan pengamatan terhadap hidup dengan aturan pandangan zahir, batin dan spiritual, anda akan mudah berada dalam lingkungan emosi yang saya gelar emosi murahan. Ini kerana anda amat mudah terkesan dengan setiap kejadian bahkan jika satu-satu kejadian itu baik tetap juga dipandang serong kerana anda sering dikuasai oleh impak pandangan batin yang beremosi dan minda yang sering mencari jalan keluar. Maka kebaikan itu juga akan dilihat buruk kerana jalan keluar dari kebaikan itu mengikut pandangan minda anda ialah mencari salahnya.

Tetapi jika anda seorang yang mengamalkan aturan pandangan mengikut susunan yang diketuai oleh tubuh spiritual maka impaknya adalah kebahagian dan ketenangan. Tiada lagi emosi murahan yang mampu menggugat ketenteraman jiwa anda bahkan anda akan menjadi seorang yang sering berfikiran rasional biar apapun keadaan yang menimpa.

Jika kita ambil kembali senario kejadian tadi yang dilihat pada pandangan awalnya ialah (1) SPIRITUAL, maka jiwanya tenteram kerana dia redha dengan keadaan yang kini perlu dihadapi iaitu menanti kedatangan temannya. Dia redha kerana dia tahu bahawa Allah swt mengaturkan segalanya. Dia tahu bahawa kelewatan temannya itu pasti bersebab kerana disebalik setiap kejadian itu ada sebabnya.

Daripada Ibni Abbas katanya : Pada satu hari saya berada dibelakang Nabi saw. Maka sabdanya “hai budak! Akau mahu ajar kamu beberapa kalimah : Awasilah Allah, Dia pasti akan memeliharamu. Peliharalah Allah pasti Dia berada disampingmu. Bila engkau minta, maka mintalah dengan Allah, bila mahu pertolongan, minta tolonglah daripada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia bekerjasama menolongmu mereka tidak dapat menolong melainkan apa yang ditulis Allah dan sekiranya mereka bekerjasama untuk menyakitimu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain dari apa yang telah disuratkan Allah. Pena sudah diangkat dan buku sudah ditutup” (HR Tarmizi).

Jika mereka mengambil pandangan spiritual sebagai pandangan awal maka mereka akan dapat menghayati hadis ini yang mana setiap kejadian itu telah disuratkan dan kita perlu redha. Bertolak dari titik itu dia akan memberi laluan pandangan kepada batin.

(2) BATINnya akan tersusun kerana MINDA akan mula memahami hikmah di sebalik kejadian. Minda akan menilai setiap perjalanannya yang mungkin dapat memberi satu ilmu pengetahuan. Dia dapat mempelajari sesuatu dari kejadian itu hasil pengamatan terhadap keadaan sekelilingnya. Pemahaman itu meredam emosi negatif yang melonjakkan emosi positif ke hadapan. Dia akan berterima kasih ke hadarat ilahi atas kurniaan ilmu yang diperolehinya dari penantian seorang teman.

(3) tubuh ZAHIR akan bereaksi sesuai dengan emosi positif yang mendominasinya. Dia tersenyum bahagia ketika menyambut kedatangan temannya biarpun lewat dan mendengar butiran keterangan dari si teman dengan sepenuh jiwa. Jika anda dapat melazimkan amalan dengan melihat setiap kejadian dari sudut (1) spiritual (2) batin dan akhirnya (3) zahir, anda insyaAllah akan sering berhadapan dengan pengalaman yang menyenangkan dan anda juga menjadi seorang yang bijak dalam membuat sebarang keputusan.

Jika anda memilih untuk terus menjadikan pandangan zahir sebagai pandangan awal anda, anda telah membawa masuk ketidaktenteraman kepada batin yang akan membuatkan jiwa anda tertekan.

Anda mempunyai pilihan dan jika anda rasakan yang mengambil pandangan awal dari sudut spiritual itu susah, maka anda melakukan satu penilaian yang salah. Setiap yang anda lakukan hari ini adalah terhasil dari kebiasaan anda. Anda sudah terbiasa dari kecil memakan nasi sebagai makanan ruji maka jika anda disuruh menjadikan roti sebagai makanan asas ia akan memeritkan. Tetapi jika anda mampu menjadikannya satu kebiasaan ianya bukan lagi satu perkara yang memeritkan. Begitulah juga dengan pandangan anda, hanya pada awalnya ia dilihat seperti sesuatu yang sulit tetapi setelah ianya menjadi satu kebiasaan ianya akan secara otomatik berfungsi mengikut aturan yang anda inginkan. Selamat mencuba..

Aisha: Moga dapat mengambil manfaat dari apa yang disampaikan...jangan biarkan diri anda dikuasai tenaga negatif...positifkan kembali diri anda...

SOUL POWER
Sifu Dr Azhar Hj Sarip
Soul Axis Management

Tuesday, July 6, 2010

Along...

SELAMAT HARI LAHIR.....Happy Birthday...SANAH HELWA..

BUAT ABANG LONG...WAN HASAN BIN WAN ABDULLAH...

YANG KE 40... 05 JULAI 1970...

Semoga sentiasa dalam limpah kasih sayang Pencipta....sentiasa sihat ...dan dkurniakan keberkatan hidup..anak-anak yang soleh solehah...insyaAllah..ameen...

hurmm..abe ipar yang sentiasa tersenyum...sabar dengan karenah adik-adik...terima kasih abe long...

Sunday, July 4, 2010

Kepayahan = Latihan , Kesenangan = Ujian

Setiap hari merupakan satu pengalaman untuk kita. Mungkin kita tidak pernah meminum secawan kopi yang begitu pahit tetapi hari ini kita secara tidak sengaja teleh meminum secawan kopi pahit. Satu pengalaman yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat.

Hari ini kita telah memandu ke satu daerah yang belum pernah kita sampai, sewaktu sampai sahaja di daerah itu kita begitu sukar untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana sememangnya kita tidak tahu langsung selok belok jalan-jalan di situ. Banyak kali kita tersesat dalam perjalanan. Itu hari pertama tetapi pada hari kedua kita mulai faham jalan sekitar tempat kediaman dek kerana pengalaman sesat semalam. Mungkin juga semalam anda telah mengalami satu kejadian yang akan memberi kesan dalam hidup anda.

Pengalaman pada saya merupakan satu kejadian yang telah lepas samada baru tadi tadi ianya berlaku atau mungkin juga kejadian tersebut berlaku beberapa hari lepas. Keseimpulannya pengalaman hanya akan kita perolehi apabila kita telah melewati waktu-waktu yang kita alami setiap saat. Pengalaman adalah sesuatu yang praktikal dan tidak akan dapat diperolehi secara teori. Pengalaman melibatkan rasa dan perasaan.

Kita mungkin sebelum ini tidak pandai memasak dan hanya belajar dengan membaca buku-buku masakan tanpa mencubanya tetapi kita akan lebih pandai jika kita mempraktikkan apa yang dibaca dan kesilapan-kesilapan yang berlaku adalah satu pengalaman baru bagi kita. Pengalaman lebih mudah diingati daripada pembacaan.

Kita sering merasa tertekan apabila berhadapan kepayahan. Kepayahan bagi kita satu pengalaman buruk yang sebolehnya kita hindari. Kepayahan bagi sesetengan orang adalah milik mereka yang tidak tahu mengatur hidup. Walau di mana pun kita berada kita sering terdengar akan rengusan atau keluhan manusia tentang kepayahan. Saya melihatnya dari satu sudut yang lain.

Cuba bayangkan anda tidak pernah langsung mengalami kepayahan apakah yang akan terjadi jika satu ketika anda melihat orang yang berada dalam kepayahan. Mungkin perasaan perikemanusiaan anda amat kurang dan ini menunjukkan nilai cinta anda sesama makhluk juga begitu kurang. Jika anda tidak pernah menghadapi kepayahan, anda juga tidak akan pandai menilai erti kesenangan.

Kepayahan pada pandangan saya adalah satu langkah kematangan hidup dan juga satu jalan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang kita hadapi. Untuk mengatasinya kita perlu bergantung secara total kepada Allah swt, menguasai diri kita, menguasai emosi kita serta berusaha untuk memberi yang terbaik terhadap penyelesaiannya. Apabila berjaya kita akan mula melangkah lebih jauh dan kesilapan seringkali berlaku dalam fasa kedua iaitu untuk mengekalkan kesenangan.

Sewaktu kita berada dalam kepayahan kita sentiasa ingat Allah swt dan berdoa kepadanya agar memberikan jalan keluar yang terbaik untuk diri kita, tetapi apabila kesenangan menjenguk diri kita mula berkurangan menyebut nama Tuhan yang telah membantu kita.
Oleh yang demikian saya merasakan bahawa kesenangan itu satu ujian.

Kita akan diuji hanya setelah kita menjalani latihan. Ramai yang mungkin salah faham kerana mengganggap ujian itu datang ketika kepayahan. Bagi pengamal Meditasi Super Sedar, ujian adalah sewaktu kita menghadapi kesenangan. Dengan kesenangan itu kita mungkin menjadi seorang yang tamak, mungkin menjadi seorang yang sibuk dan yang paling menggerunkan ialah menjadi seorang yang lupa Tuhan. Jika kita tahu bahawa kesenangan itu satu ujian kita akan menghadapi kesenangan itu dengan lebih berhati-hati dan menguasainya lebih daripada apa yang kita lakukan sewaktu zaman kepayahan. Kita juga tahu kesenangan itu boleh menjatuhkan kita dengan lebih teruk daripada kepayahan.

Ketika payah kita hanya jatuh secara fizikal dan emosi tetapi ketika senang kita jatuh dari segi rohani dan jika dibiarkan, kita akan lebih mengingati kesenangan yang kita ada lebih dari mengingati Allah swt. Sewaktu senang juga kita lebih takut untuk menjadi susah daripada takut kehilangan cinta Allah swt. Kita mula merasakan apa yang kita kecapi hari ini adalah kerana usaha kita dan bukan pemberian Allah swt. Permainannya begitu halus.

Maka fahamilah secara bijaksana apa itu kepayahan dan apa itu kesenangan. Kepayahan itu mungkin boleh membunuh tetapi caranya kasar manakala kesenangan itu sebenarnya lebih bahaya. Ini tidak pula bermakna kita tidak perlu mencari kesenangan. Kita perlukan kesenangan tetapi kita perlu menguasai diri kita sewaktu kita berada dalam lingkungannya kerana kepayahan itu satu latihan hidup dan kesenangan itu ujiannya. Kita perlu lulus dalam ujian agar mendapat kesenangan di kedua-dua alam.


Dr.Azhar Sarip
Perunding Emosi,Soul Axis Management

Saturday, July 3, 2010

Si Bulan Julai

Pejam celik...pejam celik dah masuk bulan Julai dah... exam All One Qiraat pun dah tak lama dah...insyaAllah semua najah sofi ...ameen..tapi ni bukan nak citer about nak exam..tapi nak kenali personaliti orang yang lahir bulan Julai mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah...

- Sangat suka didampingi
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
-Agak pendiam kecuali dirangsang
-Ada harga dan maruah diri
-Tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus
-Sangat menjaga hati orang lain
-Sangat peramah
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
-Berjiwa sentimental
-Jarang berdendam
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
-Tidak suka benda remeh-temeh.
-Membimbing cara fizikal dan mental
-Sangat peka,mengambil berat,dan mengasihi serta penyayang
-Layanan yang serupa terhadap semua orang.
-Tinggi daya simpati
-Pemerhatian yang tajam
-Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
-Mudah dan rajin belajar
-Suka muhasabah diri
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
-Suka mendiamkan diri
-Suka duduk di rumah
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-Tidak agresif kecuali terpaksa.
-Lemah dari segi kesihatan perut
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet
-Minta disayangi
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih
-Terlalu mengambil berat
-Rajin dalam membuat kerja

ini hanyalah sekadar kajian sahaja..kita sendiri yang lebih mengenali perwatakan diri kita...kalau kita tak kenal diri kita sendiri tu..hurmm ada something lar tu..(^_^)

*** catatan buat yang lahir bulan Julai.. (^_^)

Monday, June 21, 2010

Rahsia Melalui Tulisan-Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Tuesday, June 8, 2010

HIDUP = 3 HARI, 2 NAFAS



A very good reminder to all of us especially myself,,,

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan,bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah,jangan upset..jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende..Kadang2 kita perlu kepada PERINGATAN? Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...Wallahhualam...


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ...
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau,
suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


***andai ada kesalahan harap ditegur..

Wednesday, May 19, 2010

Airmata dan Senyuman

Airmata....

Sedang saya bersama Azyan dan Izzah leka memilih hadiah untuk sahabat yang bakal berkahwin esok, tiba2 dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada seorang sahabat yang memberitahu bahawa 3 orang sahabat kami kemalangan dan telah dibawa ke hospital....

Terasa longgar je lutut ni bila dengar berita tersebut...hanya mampu berbisik dalam hati moga Allah selamatkan adikberadikku... Kami berkejar ke Mustasyfa Dauli... persoalan demi persoalan bertubi2 menyinggah ke otak.... bagaimanakah adik2 ku? parah kah cedera mereka?..
.
Tapi alhamdulillah...kecederaan yang dialami tidaklah begitu parah...masing2 kepala terhantuk dan luka2 kecil dan masih trauma dengan kejadian yang berlaku..hanya adik MB saya Ateh Mahfuzah terpaksa menerima beberapa jahitan... hampir menitis jugak lar airmata bila ateh merintih kesakitan...pilu rasa hati...sabar yer ateh sayang...

" Wa iza maridhtu fahuwa yasyfiin" -As-Syu'araa:80
Sama2 kita doakan mereka cepat sembuh...


Senyuman....

Tahniah..Mabruk.. kepada Nuraini Juwita Misti yang akan melangsungkan perkahwinan beliau pada hari esok 20 Mei 2010..Moga majlis esok berjalan lancar dan diberkati...

NURAINI JUWITA & SYAFIQ
Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair....

Aisha: lepas ni makin ramai lar qiraat tahun 1 jadi madem...kalau ade sape2 yang berhajat lepas ni tuh..dipersilakan... kak eiy restu korang langkah bendul pun...(^_^)

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Lahir

Tanggal 17 Mei 1947... maka lahirlah Ayahandaku tercinta Abdul Samat bin Hasan bin Amin... seorang yang peramah...semua yang berkenalan dengannya pasti dibawa pulang ke rumah... lebih2 lagi dihadapan teratak kami jalan besar...menjadikan kami ramai saudara walaupun tiada hubungan kekeluargaan... juga seorang yang pemalu...hurm kuat bekerja dan jujur...sebab tu ada jer yang ambil kesempatan....kesian ayah...
itulah ayah saya...

semalam genap usia ayah 63 tahun...tapi masih gagah bekerja demi menyara anak2 yang masih belajar...terima kasih ayah... Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang,hidayah dan taufiq-Nya..

*****************************

Selamat hari lahir buat kekanda Siti Ruhani Abdul Samat pada 3 Mei 1979...
Moga dalam rahmat Allah..jaga kesihatan diri dan baby dalam kandungan..banyakkan bersabar supaya anak tu jadi seorang yang sabar.... kumpul cerita banyak2 ek..sementara "diari hidup" ude berada di Ardhul Kinanah...hepy belated day...

..:: Happy Teachers Day ::..

….:::Happy Teachers Day… buat semua yang bergelar guru :::…

Mungkin sedikit terlambat meng’update’kan ucapan selamat hari guru buat semua guru-guru..selaku murabbi,muallim,muaddib kepada diri saya…

Pada sambutan hari guru lah hari terakhir saya menyantap ilmu dibumi tarbiah Maahad Syamsul Maarif Lilbanat…meninggalkan maahad dengan ucapan terakhir dihadapan semua guru dan pelajar ketika perhimpunan khas menambahkan sayu untuk meninggalkan bumi tersebut. Kenangan yang tak akan dilupakan…

Kenangan bersama arwah Cikgu Mohd Azani..Guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang saya cukup mesra memanggilnya ‘abah’ sentiasa segar…sentiasa sabar melayan karenah anak didiknya ini yang betul2 nakal dan lemah mengarang esei… bagaimana arwah abah sentiasa memberi semangat saat saya benar-benar tertekan dengan bebanan amanah sebagai pemangku pengerusi Badan Dakwah,Badan Pengawas dan Redaksi yang diberikan dalam masa serentak…Badan2 yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk menggerakkannya lebih2 lagi tahun tersebut saya akan menjalani peperiksaan SPM dan dalam masa yang sama juga ibu tiba-tiba jatuh sakit …

Hurm..yang lucunya, setiap kali sambutan hari guru,belum sempat saya sms wish hari guru…pasti saya akan mendapat sms daripada arwah abah..” Eiy taknak wish hari guru ke…”
Semuanya tinggal kenangan…Moga Allah cucuri rahmat pada arwah..al fatihah..

***************************
Ucapan Selamat Hari Guru buat:

:::: ibu dan ayah yang mengasuh,mendidik alang@ kak eiy sejak kecil.

:::: semua guru Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong…terutama cikgu Aziz-guru prasekolah…(dalam pencarian)

:::: semua guru Maahad Syamsul Maarif Lilbanat Pulai Chondong….

:::: semua pensyarah Darul Quran JAKIM…pensyarah tasmik ustazah Nor Asiah Ramli,Ustazah Aizah Zamellah…terima kasih sabar dengan karenah saya yang lambat quran…ustaz Mohd Najib Ghaffar..guru qiraat yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat setiap kali bertemu.. ustaz mohd Sya’bani ,mengajar pengurusan smutem…

:::: semua kakak2 penterjemah qiraat tahun 1…guru2 kelas tafaqquh.. us Thaha dan Syeikh Hussein..

:::: adikberadik tercinta.. kak long dan abg long, abg ngah dan kak ngah, kak chik dan abg chik, ude dan abg hafiz..acu Anas Taufiq yang mengajar diri bersabar dengan kenakalannya..serta anak2 buah tersayang lagi sayang…yang menjadi guru secara tak langsung…

:::: adikberadik usrah Ummu Sulaim-DQ..Along Nor Latifah Othman, Angah Nurun Nazurah Jalaluddin, Ayong Rokhaizat Rahmat, Alang Wan Salwa wan hasan, Ude Erni Ermira Mohd Noor, Anjang Fatihah salleh, Ateh Nini Nur Fatim Muhammad, Anje Azyan Syazwani Ahmad Adri, Acik Afiqah mohamad, Ayang Sofiani Osman,dan Adeq Mazawani Murad… serta adikberadik MB Raudhatussakinah… especially alang siti nuraini salim...thanx a lot..

:::: sahabat-sahabat seperjuangan yang comel2…kakak2 senior… ketua-ketua saya semasa terlibat dengan program PERKEMAT..Mohd Azan Safar ( Unit Teknikal AGM)…Mohd Ihsan Fadhli Che Min( Malam Seribu Kenangan-setiausaha)…Mohd Khairi Awg Jaafar (SIHAT-DQ-bendahari)…Khairun Nasirin Mohd Nor ( Unit Multimedia Laterinfo)..Abdul Hadi ( unit teknikal-Minggu Angkasa)..terima kasih kepada kalian yang menjadi ketua2 ana dan secara tak langsung menjadi guru kepada ana… lebih2 lagi Kak Aisyah Ali.. (^_^)

Jazakumullahu khairan jaza’……….

Saturday, May 8, 2010

Luahan hati Qiraat Tahun 1


Hari demi hari berlalu dan kini tibalah hari yang bertarikh 8 Mei 2010 yang dinantikan oleh semua mahasiswa/wi qiraat.. Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan tahriri akan berlangsung.
Jam tangan menunjukkan hampir jam 9 pagi... semua mahasiswi diminta masuk ke dewan imtihan dan mengambil tempat yang telah ditetapkan.
Debaran semakin terasa.... sebentar lagi sekeping kertas yang dinanti-nantikan akan terpapar diretina mata...
Namun,di suatu sudut yang lain..ada mata-mata yang memerhatikan akan setiap yang berlaku...
apakan daya mata ini hanya mampu memandang sayu dan tidak berupaya untuk bersama-sama mereka pada hari ini dalam meneruskan "perjuangan" dalam medan imtihan...
"Mahasiswa/wi qiraat tahun 1 tidak dibenarkan untuk menduduki exam 8 mei 2010"
Kalimah-kalimah inilah yang menjadi penghalang mata-mata sayu ini daripada bersama-sama berjuang di medan imtihan itu....
YA ALLAH...
Tabahkan hati kami dalam mengharungi ujian dan tarbiah dari-Mu..moga apa yang berlaku terdapat hikmah yang bernilai buat kami semua..
semoga Allah memberi Hidayah dan Taufiq kepada pihak yang bertanggungjawab..ameen
Salam imtihan buat sahabat-sahabiah qiraat tahun 2...buat yang terbaik..gunakan peluang imtihan yang diberikan ini dengan sebaiknya..
.
Salam imtihan jua buat semua...
Luahan hati: albahanjiah qiraat tahun 1
Aisha: ini baru luahan seorang daripada 140 pelajar qiraat..ana rakamkan luahan sahabat ana sbg mewakili luahan perasaan sahabat2 yg lain...
dalam bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya..kita juga mestilah berusaha menuntut kembali HAK KITA yang telah diabaikan agar generasi akan datang tidak merasa kepedihan kami rasai sekarang..
Ayuh Bangkitlah sahabat Mahasiswa/wi ku..kita tuntut Hak Kita!!! HAK TETAP HAK...
STUDENT POWER!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Kisah All One Qiraat

Sehingga saat ini tiada lagi berita yang nama kami akan muqayyad...menunggu dan terus menunggu...jujurnya emosi saya sedikit kacau bila mengenangkan andai benar kami tidak dapat menduduki imtihan esok...cuba menghubungi pegawai JPMK, En.Khairi Jalaludin (KJ),namun panggilan tetap tak dijawab..hanya callerringtone yg kedengaran...(smpai ingt lagu caller ringtones KJ (^_^)... ..usaha selagi boleh...

Sahabat-sahabatku..

itulah antara cebisan ujian dan cabaran dalam menuntut ilmu...ujian ini datang supaya kita lebih menghargai keberadaan kita disini...supaya kita lebih tekun dan bersungguh mendalami dan menuntut ilmu...supaya kita lebih rapat dengan Rabb...

Apa yang berlaku adalah untuk menguji setakat mana ketabahan insan-insan yang membawa alquran... inilah ujian perjuangan kita..bukanlah dinamakan perjuangan jika tiada halangan dan duri disepanjang perjalanan kita...

Kita sering memohon kepada Allah agar kita dididik dengan Tarbiah-NYA...dan sekarang Allah sedang mendidik kita dengan tarbiah-Nya...didikan yang akan menguatkan kaki kita untuk melangkah lebih jauh dan menyelongkari khazanah ilmu di Ardhul Kinanah ini

teruskan usaha kita..jangan biarkan perkara ini mematahkan semangat kita dalam menuntut ilmu...

kembalikan hati kita kepada Pencipta...nescaya hati kita akan tenang...apapun keputusan yang diterima..insyaallah kita dapat menerimanya dengan hati yang redha...(^_^)
Ukirkan senyuman walaupun tawar..(^_-)

salam juang buat ALL ONE QIRAAT...
*maafkan angah eiy yer coz tak jadi raisah yang baik untuk korang...

Aisha: terimakasih wat abg iparku Mohd Hafiz Mahmud krn sudi disusahkan adik...

Saturday, April 24, 2010

Seorang Gadis Itu

Seorang gadis itu ..
.yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,lentur hati ...telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,dalamnya ada air,sehangat cinta,
sejernih suka,sedalam duka,ceritera hidupnya...
seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,penuh cinta,
sayang semuanya,cinta untuk diberi ...cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah,atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,bisa jadi tabah,bisa ampuh menyokong,pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu padajasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,hingga kembali mengecap ni'matNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,menyimpan ílmu,si teman bicara,
dialah Áishah,penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangantegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .
seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,agar ia terpelihara ..
dengan kenal Rabbnya,dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia ,
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,sucinya perlu tabah,cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,yang hidup di zaman ini ...perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ... tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,daíyah & mujahidah,pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...moga akan pulang,dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Friday, April 2, 2010

Wanita Idaman Lelaki Soleh

Wanita idaman lelaki soleh
Adalah seorang wanita yang beriman
Hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Sentiasa haus dengan ilmu
Sentiasa dahagakan pahala
Solatnya adalah maruah dirinya
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Sentiasa bersama-sama orang yang berjuang di jalan Allah

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Ialah wanita yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Sentiasa melakukan kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang menghormati ibu ayahnya
Sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang tidak membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Berjumpa subuh dengan penuh kesegaran
Kerana sekali lagi usianya bertambah penuh kematangan

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang sentiasa mengingati mati
Baginya hidup didunia hanyalah ladang bagi akhirat
Yang mana buah kehidupan perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Ialah yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Membawa bersama keluarganya
Untuk hidup bersama selam-lamanya..
DIALAH WANITA IDAMAN SETIAP LELAKI SOLEH...

*petikan dari seorang sahabat

aisha: sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah..

Saturday, March 27, 2010

Musafir Perjuangan

Perantau...
Musafir perjuangan...
Tabahkanlah hatimu...
Berjuang di rantau orang...
Sedih pilu hanya engkau yang tahu.

Ingatan ayah dan ibu...
Janganlah menghiris hatimu...
Kerinduan desa nan permai...
Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Diwaktu ujian badai terus melanda...
Engkau tetap gigih berjuang...
Membenarkan sabda junjungan...
Terus memburu menuntut janji...
Pastilah Islam gemilang lagi.

Tapi pejuang kembara perjuangan...
Ujian bukan batu penghalang...
Kerana itulah syarat dalam berjuang...

Oh Pejuang...
Dimana pun ada ketenangan...
Dimana pun ada kebahagiaan...
Bila insan kenal pada Tuhan...
Kasih sayang dan pembelaannya...
Bagi insan yang menyerahkan...
Jiwa raga, ayah dan ibu...
Kepada Allah...

aisha hanie: rindu pada mum n dad, adikberadik dan anak2 buah hatiku.sabarlah..kerana dirimu telah memilih jalan ini...

Wednesday, March 10, 2010

Koreksi Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan kita menghirup udara didunia yang fana ini,bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam...terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kepada kita hamba-Nya...tapi sebanyak manakah ucapan syukur kita kepada Pencipta kita???

Bila melihat ciptaan Allah yang indah dan sewaktu dengannya, apa yang pertama kita tuturkan?? adakah "wah! cantiknya" atau subhanallah...kebanyakannya kita lebih mudah menuturkan cantiknya,takjubnya...dan macam2 lagi...

Sama-sama kita muhasabah diri kita...

Kita takut orang mengetahui perkara tak elok yang kita buat...
Kita takut orang tahu kita bergayut dengan pakwe/makwe...
Kita takut orang yang diumpat tahu kita mengumpat tentangnya...
tapi INGATKAH kita bahawa kita sentiasa diperhatikan...yang sentiasa tahu apa yang kita lakukan??

ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI...

Inilah yang selalu kita lupa...
Kita lupa Allah sentiasa memerhatikan kita walaupun kita yakin bahawa Allah Maha Mengetahui...
Kita juga lupa amalan2 kita direcord untuk ditayang semula..Amalan2 yang kita lakukan itu hanya menunggu masa untuk ditayang semula di hari pengadilan yang bakal kita lalui...

Diriku dan sahabat-sahabat...
banyak manakah kita mohon keampunan Allah???
sedangkan setiap masa kita melakukan perkara yang menjadi kemurkaan-Nya...
dalam sedar mahupun tanpa disedari...

Saya mengajak diri saya dan sahabat2..sama2 kita mengkoreksi diri kita...
selama 23 tahun @ 24 tahun @ 26 tahun @ 30 tahun kita kita hidup, apa yang dah kita lakukan??
berapa banyak amalan kebaikan yang kita lakukan??
bersediakah kita andai maut tiba2 menjemput kita???
adakah kita anak soleh/solehah utk mak ayah kita??
sebagai pelajar...sejauh mana usaha kita untuk berjaya??

sebagai insan yang menghafal alquran...berapa juz yang kita ingat???
tadabburkah kita kalam2 Allah itu??
ingatkah kita bahawa setiap ayat yang kita lupa itu akan mendakwa kita di akhirat??

akhiran..koreksi diri untuk kebahagiaan dunia akhirat...
andai saya melakukan sebarang kesalahan atau sewaktu dengannya...teguran sahabat2 amat dialu-alukan...kerana setiap teguran untuk kebaikan itu adalah tanda sayang sahabat2 pada saya daripada mendekati dahsyatnya azab Allah. (^_^)...

Monday, March 8, 2010

Celoteh...

SINERGI '10...INTERFAME

Esok bermulanya program SINERGI '10...
program ni mengingatkan saya pada program INTERFAME dan KONVENSYEN USRAH kat Darul Quran....
dan program ni jugak menjadikan kerinduan pada adikberadik usrah UMMU SULAIM makin menjadi-jadi....

masih segar kenangan INTERFAME....dimana kami adikberadik berebut2 dengan sepupu usrah- PARADISE SEEKERS untuk mendapatkan tempat duduk hadapan...(bdk2 lagi masa tue)...
dan akhirnya kami berjaya....(^_^) maka xberpuas hati lar sepupu usrah kami... tp tak gaduh pun...dan sekarang.. semuanya menjadi kenangan...

moga Allah satukan hati2 kami walaupun berjauhan...dan alhamdulillah sekali sekala masih lagi dapat buat usrah online 3 negara... MESIR-JORDAN-MALAYSIA... (ini bermakna usrah DQ bkn setakat SEM 3 shja yer)

terima kasih pada NAQIBAH tersayang Along Nor Latifah Othman(mesir gak) dan angah Nurunnazurah Jalaluddin ( malaysia) .... dan adik beradik yg sama2 merasai suka, duka, sakit, pedih,gembira...Ude Erny Ermira, Alang Salwa, Anjang Fatihah, Ayong Rokhaizat, Ateh Nini, Ayang Sofiani, Anje Azyan, Adeq Mazawani, Acik Afiqah...

UMMU SULAIM sentiasa dekat dihati...usrah yg memprogramkan kembali diriku..


Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi (SKPO)

Mula2 taraddud jugak...nak join ke tak program ni..hurm penyakit takut xbertempat mula meracuni supaya tidak join....tapi teringat pesanan abg ipar - abg Hafiz Mahmud supaya saya belajar betul2 ilmu kepimpinan sementara berada kat sini...sebut pasal takut ni...teringat kata2 kak Aisyah Ali (kini di Syria) pada saya: "awak ni Eiy, asyik takut jer"..masa tue saya menjadi setiausaha HEWI kepada beliau...S/U yg sntiasa takut...tapi beliau tak pernah jemu bagi nasihat...terima kasih kak Aisyah..

dan hari ini guru saya pesan..."bakal pemimpin jangan takut..kena berani"...

so pada sahabat2...Jom ramai2 kite join Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi...

Friday, February 19, 2010

Membina Cinta

Usah sempitkan pemikiran cinta hanya pada manusia. Cinta suci yang sebenarnya adalah S.W.T, namun cinta ini kian berkurangan. Semakin hari berlalu ia semakin longgar. Perasaan terlalu cenderung untuk mencintai manusia lebih dari segalanya, sedangkan selain kepada Yang Maha Esa itu pasti padam dan tidak kekal.

Lihatlah bagaimana kita melakukan ibadah?

Apakah semakin bertambah ataupun semakin berkurang?

Jika semakin berkurang itu tandanya kita semakin ketandusan cinta suci. Cinta yang wujud dalam diri kita secara semulajadi itu telah dicemari hingga ia tidak tertumpah pada yang sebenar-benarnya berhak.

Cinta adalah suatu perasaan yang sedia ada dalam setiap jiwa. Cinta ini perlu dipupuk lalu dibentuk mengikut acuan yang sebenar sebagaimana cinta semestinya. Jika tiada acuan diberikan lahirlah cinta sumbang lagi memualkan.

Cintai Allah s.w.t, hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap Allah. mereka yang tekun beribadah akhirnya akan dapat kesimpulan makna cinta sebenarnya, sebaliknya mereka yang mengabaikan kecintaan terhadap Allah s.w.t akan berakhir sebagai mangsa cinta yang sememangnya tidak bersih.

Cintailah seseorang yang anda cintai itu seadanya semasa di alam percintaan. Nanti setelah bergelar suami dan isteri, bercintalah sesungguhnya. Cintailah dia kerana Allah, tindakan anda akan menjadi betul. Anda akan lebih bijaksana menjalani hidup, moga-moga keputusan menjadi lebih tepat. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia.

Batasi diri

Ketika umur belum melangkaui puluhan tahun, batas-batasilah diri tatkala bercinta, sebab cinta pada waktu ini selalunya bukanlah matang. Ia lebih pada ledakan nafsu dan keinginan untuk memiliki, namun rasa untuk bertanggungjawab atas ledakan nafsu dan keinginan memiliki itu masih agak lemah, malah hampir tiada. Seseorang remaja boleh sahaja bermodalkan cinta untuk menawan hati pasangannya, tetapi untuk bertanggungjawab akibat dari hambatan rasa cinta itu selalunya amat sedikit malah boleh dikatakan hampir tiada.

Secara semula jadinya manusia, apabila usianya merangkak pergi, kematangan turut mengambil tempat. Kedewasaan selalunya berjalan seiring dengan meningkatnya usia. Sekiranya TIDAK? Sekiranya tidak, nyata seseorang itu telah gagal mendidik diri sendiri pada alam kedewasaan, sebab bukankah setiap detik usia yang semakin meningkat, bermakna tempoh hayat yang semakin pendek?

Ini adalah sekolah kehidupan, ia selalu mendewasakan manusia. Mereka yang tidak pandai-pandai ataupun tidak matang oleh sekolah kehidupan ini selalunya gagal memahami cinta suci, apa lagi menikmatinya.

Bercintalah kerana Allah, bila mana kamu melihat dia mencintai Allah, kamu suka peribadi dan akhlaknya yang cintakan Allah itu, maka kamu yakin dia boleh menjadi kekasih yang dapat membimbing kamu bertemu kekasihmu yang sejati, Allah Taala.

Berpisahlah kerana Allah, bila mana kamu rela meninggalkan dirinya kerana sayangnya kamu pada Allah, kamu enggan berbuat maksiat kerana malu pada Allah, di saat itu kamu rasa berbaloi tinggalkan si dia.

Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap Allah, dan ketika itulah dia dikatakan bijak.

Sunday, February 7, 2010

Sekadar Perkongsian

alhamdulillah dapat jugak saya berkunjung ke maarad kutub yg selama ini saya hanya mendengar cerita dari kakak...hari ini saya berpeluang melihat & merasainya sendiri...
urm...apa yang saya sangkakan sebelumnya, tempatnya lebih kurang PWTC je...rupe2 nye... punye lar besar (mgkin seluas kawasan DQ kot).. jenuh berjalan...siap disediakan kenderaan lagi...tapi kami tak naik lar...

Orang cakap bila pergi maarad, ambil peluang beli kitab banyak2...kalau tak,rugi... tapi saya tak beli banyak macam sahabat2 lain pun...hanya buku yang berkaitan qiraat dan buku yang berbentuk motivasi.

Beli buku...

Antaranya buku berjudul wanita yg paling bahagia di dunia yang dikarang oleh Dr.A'idh al-Qarni . Dalam buku ni Dr. A'idh al-Qarni mengajak setiap wanita beriman untuk memulai hidup baru yang penuh iman, dekat dengan Allah, memandang kehidupan ini dengan penuh harapan dan cita2. Dalam buku ini juga terdapat nasihat2 yang didasari oleh petunjuk al-Quran dan hadith serta contoh tauladan dari para salafussaleh dengan harapan agar buku ini menjadi solusi bagi berbagai persoalan, ubat bagi berbagai penyakit, dan jalan untuk menempuh hidup bahagia.

Dan satu lagi berjudul keperibadian seorang muslim yang dikarang oleh Muhammad Ali al-Hashimi...yang mana buku ini menjelaskan bagaimana seharusnya hubungan manusia dengan Tuhannya, bagaimana hubungan sosial seorang muslim dengan orang lain seperti kedua orang tua,isteri,anak2,keluarga sanak saudara ,jiran tetangga, kawan2 serta anggota masyarakat secara keseluruhannya.kedua-dua buku ni dah di alih bahasa kepada bahasa indonesia..so...senang lar sikit nak faham...buku ni sebenarnya untuk lelaki tapi wanita pun boleh jer baca...yang untuk wanita ada jgk,berjudul keperibadian seorang muslimah...saya postpone kan dlu membeli buku ni memandangkan ahli bait dah beli...insyaallah saya akan dapatkannya pada lainkali.

Pada mulanya teragak2 juga nak beli buku keperibadian seorang muslim,bimbang disalah ertikan memandangkan "fenomena nak kawin " melanda mahasiswa/wi akhir2 ni...tapi bilamana seorang kakak meyakinkan saya supaya jangan malu untuk membeli buku seperti itu @ berkaitan rumahtangga kerana ianya juga ilmu...so beli lar...untuk masa depan jgk (^_^).

Married

Cakap pasal kawen ni,ramaila yang nak kawen nyer.....yang moody pun akan terus bersemangat, wajah berseri2...yang masih solo tercari2...yang dah berpunya,ade yang menunggu masa dan ade juga yang buat pekasam...simpan dulu...urm..tak baik simpan lama2 tau...

Teringat kisah seorang sahabat sekerja di malaysia dlu yang mencari calon tapi tak jumpa2 jgk.nak kawen tp xde calon..bila dia mengadu pada saya,saya nasihatkan dia supaya berdoa,mohon pada Allah supaya dipermudahkan,sambil tu perbaiki diri..kerana kita hari ini adalah generasi kita pada hari kemudiaan... lagi satu...perkemaskan diri dengan ilmu merangkumi rumahtangga,berkaitan wanita,anak2 dll.

Urm nak cari yang mana tu semuanya dah tau... Us Salman Maskuri ada cakap masa program Raudhatul Quran hari tu...kalau nak cari teman/zauj/zaujah, cari yang dapat menangis bersama kita dan orang yang takutkan Allah... itu yg betulnya,dapat pandu kita mendapatkn cinta Ilahi.
Berceloteh panjang lar pulak...mata dah ngantuk..esok diskusi kitab..
saya tinggalkan sahabat2 dengan kata2 dari mantan presiden Gamis,saudara Dzulkhairi Md Nor.

"Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka."


Thursday, January 14, 2010

Faedah Sejarah untuk Ketajaman Fikiran dan Kreativiti

Anda akan menjadi seorang yang pintar dan bijak sekiranya rajin membaca, mengkaji dan menghayati ilmu sejarah. Kecerdasan bertambah. Akal menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan , isu dan peristiwa. Anda berkemampuan membuat ramalan dan telahan yang tepat tentang sesuatu perkara, isu atau peristiwa. Mampu menghasilkan ulasan dan generalisasi yang bermutu tinggi.

Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar.

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH. Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam.

Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.

Monday, January 4, 2010

Bertemu,berpisah..kenangan

Mengapa kita ditemukan,
dan akhirnya kita dipisahkan,
mungkinkah menguji kesetiaan,
kejujuran dan kemanisan iman...
Tuhan..berikanlah kekuatan...

Di atas hanyalah sebahagian sahaja antara bait-bait lagu Untuk Mu dendangan Brothers.
Lagu yang menyimpan 1001 kenangan pada adik beradik usrah Ummu Sulaim,dq..manisnya ukhuwah bila kerana Allah...kalau nak rasai jugak betapa manisnya ukhuwah,betapa best nyer usrah...GEGARKAN USRAH anda...kalau kt Mesir ni dikenali sebagai Muzakarah Berkelompok...apa tunggu lagi???

Bukan tentang usrah yang ingin dicoretkan...

Tapi coretan lambaian perpisahan buat kak long ( Nor shuhada Abdullah Sukari ) yang akan pulang ke tanah air pada 6 Januari 2010.
Semoga pulang mu dapat menabur bakti kepada masyarakat di tanah air yang amat2 memerlukan tenaga agamawan lebih2 lagi azhari/azhariah seperti mu...
terima kasih di atas setiap bantuan,perhatian,kasih sayang mu pada kami...terima kasih juga kerana tidak pernah bosan melayan karenah kami adik2 baru...
Moga Ukhuwah Raudhatul Muthmainnah tidak terhenti di sini tetapi berpanjangan hingga ke syurga..insyaallah.. Bila hati bertasbih...

Bicara Hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Sudah bersawang benar teratak maya ini…bertalu-talu soalan bila nak update blog dilontarkan oleh sahabat-sahabat dan adikberadik tersayang.Bukan tidak mahu mencoret idea baru atau berkongsi pengalaman berada di Jazirah al Ward ini. Tetapi kekangan masa membantutkan keinginan meng’update’ menyebabkan ianya terbiar sepi…ma’ziratan…

WARGA TERATAK KASIH ABADI…

Alang tahu,sebagaimana mahal nilaian untuk menghantar alang menuntut ilmu di Bumi Mesir ini, hasil yang perlu alang bawa pulang juga mestilah setimpal malah lebih lagi..Alang sentiasa ingat pesanan ayah dan mek-hanya ilmu harta yang ayah dan mek boleh bagi pada anak2… tak terbalas jasa ayah dan mek..tak terbayar harga pengorbanan ayah berpanas dibawah terik mentari di atas bumbung2 rumah orang untuk membiayai alang disni..terkadang ayah tergolek jatuh tapi demi anak2,diketepikan rasa sakit yang menyelirat pada badan tua itu. Mek yang tak putus-putus memberikan kata2 taujihat untuk anak perempuan bongsu. Terima kasih kepada kak long dan abg long,abang dan kak ngah,kak cik dan abg cik,ude dan abg hafiz serta acu yg banyak membantu, memberi semangat. Permata hati alang yang amat dikasihi hakim,habib,haikal, nurin,hannani,anis dan adik ya (humaira)…rindu dengan karenah si kecil…

UMMU SULAIM…

Terasa rindu benar pada adik beradik usrah Ummu Sulaim...Persaudaraan yang diikat dengan ikatan akidah masih utuh dan kemas walaupun masing-masing punya haluan sendiri. Terima kasih yang teramat pada kalian kerana membenarkan diri ini menjadi sebahagian dalam hidup kalian…walaupun disini andak sudah mempunyai usrah yang baru,sungguh kalian tetap istimewa…bukan ingin membezakan usrah kita di Dq dan usrah baru disini, masing-masing punya kelebihan tapi itulah hakikatnya,yang pertama itulah yang paling diingati…
Teruja bila dikhabarkan bahawa ayong bakal menjadi seorang ibu…Tahniah pada ayong dan yop… Moga anak itu nanti menjadi jundi penerus perjuangan Rasulullah s.a.w…

SAHABAT-SAHABAT…

Sehari-hari berada di sini tak pernah saya melupakan kalian . Afrida, Nurlina,sepupu usrah yang hebat-Paradise Seekers dan semuanya…kalian juga mencipta kenangan terindah dalam hidup saya… Susah senang, sakit, pedih,pahit manis semuanya ditanggung bersama.. Kenangan dihujani gas pemedih mata , kereta siput sedut yang berjasa, air mata SIHAT DQ… kalian jugalah yang menghulurkan tangan tatkala diri ini tersungkur… Ketahuilah Sahabat, diri ini tetap memerlukan sokongan,nasihat kalian walaupun kini kita berjauhan…

Siti Nur Hidayah Abdul Samat,
Raudhatul Muthmainnah,
Hayyu Syarq,Mansoura
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"