Wednesday, April 22, 2009

Memperbaharui Kekuatan menghadapi musibah

Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah ialah : " Mengetahui bahawa kehidupan sebenarnya yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan". Jika seorang hamba Allah ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.



Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 153 : "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..."



Solat penenang jiwa



Apabila ketakutan, kesedihan dan kerisauan melanda anda, maka bersegeralah mendirikan solat, nescaya jiwa akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu dengan izin Allah boleh menjaga diri dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.



Kita selusuri sejarah ketika mana Rasulullah s.a.w dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a : "Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat". Begitulah solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w. Ini merupakan syarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk.



Generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihannya akan menghancurkan urat sarafnya.



Nikmat Allah



Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.



Salah satu darip[ada nikmat Allah yang paling besar jika kita mahu berfikir ialah perlaksanaan solat wajib 5 waktu dalam sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita si sisi allah. Di samping itu, solat 5 waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapa pun soalt mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan takwa dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.



Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari satu kesusahan kepada kesusahan yang lain, dari satu goncangan jiwa kepada goncangan jiwa yang lain, dan dari satu kesengsaraan kepada yang lain..



bersambung...

Membina Cinta

Usah sempitkan pemikiran cinta hanya pada manusia. Cinta suci yang sebenarnya adalah S.W.T, namun cinta ini kian berkurangan. Semakin hari berlalu ia semakin longgar. Perasaan terlalu cenderung untuk mencintai manusia lebih dari segalanya, sedangkan selain kepada Yang Maha Esa itu pasti padam dan tidak kekal.

Lihatlah bagaimana kita melakukan ibadah?

Apakah semakin bertambah ataupun semakin berkurang?

Jika semakin berkurang itu tandanya kita semakin ketandusan cinta suci. Cinta yang wujud dalam diri kita secara semulajadi itu telah dicemari hingga ia tidak tertumpah pada yang sebenar-benarnya berhak.

Cinta adalah suatu perasaan yang sedia ada dalam setiap jiwa. Cinta ini perlu dipupuk lalu dibentuk mengikut acuan yang sebenar sebagaimana cinta semestinya. Jika tiada acuan diberikan lahirlah cinta sumbang lagi memualkan.

Cintai Allah s.w.t, hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap Allah. mereka yang tekun beribadah akhirnya akan dapat kesimpulan makna cinta sebenarnya, sebaliknya mereka yang mengabaikan kecintaan terhadap Allah s.w.t akan berakhir sebagai mangsa cinta yang sememangnya tidak bersih.

Cintailah seseorang yang anda cintai itu seadanya semasa di alam percintaan. Nanti setelah bergelar suami dan isteri, bercintalah sesungguhnya. Cintailah dia kerana Allah, tindakan anda akan menjadi betul. Anda akan lebih bijaksana menjalani hidup, moga-moga keputusan menjadi lebih tepat. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia.

Batasi diri

Ketika umur belum melangkaui puluhan tahun, batas-batasilah diri tatkala bercinta, sebab cinta pada waktu ini selalunya bukanlah matang. Ia lebih pada ledakan nafsu dan keinginan untuk memiliki, namun rasa untuk bertanggungjawab atas ledakan nafsu dan keinginan memiliki itu masih agak lemah, malah hampir tiada. Seseorang remaja boleh sahaja bermodalkan cinta untuk menawan hati pasangannya, tetapi untuk bertanggungjawab akibat dari hambatan rasa cinta itu selalunya amat sedikit malah boleh dikatakan hampir tiada.

Secara semula jadinya manusia, apabila usianya merangkak pergi, kematangan turut mengambil tempat. Kedewasaan selalunya berjalan seiring dengan meningkatnya usia. Sekiranya TIDAK? Sekiranya tidak, nyata seseorang itu telah gagal mendidik diri sendiri pada alam kedewasaan, sebab bukankah setiap detik usia yang semakin meningkat, bermakna tempoh hayat yang semakin pendek?

Ini adalah sekolah kehidupan, ia selalu mendewasakan manusia. Mereka yang tidak pandai-pandai ataupun tidak matang oleh sekolah kehidupan ini selalunya gagal memahami cinta suci, apa lagi menikmatinya.

Bercintalah kerana Allah, bila mana kamu melihat dia mencintai Allah, kamu suka peribadi dan akhlaknya yang cintakan Allah itu, maka kamu yakin dia boleh menjadi kekasih yang dapat membimbing kamu bertemu kekasihmu yang sejati, Allah Taala.

Berpisahlah kerana Allah, bila mana kamu rela meninggalkan dirinya kerana sayangnya kamu pada Allah, kamu enggan berbuat maksiat kerana malu pada Allah, di saat itu kamu rasa berbaloi tinggalkan si dia.

Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap Allah, dan ketika itulah dia dikatakan bijak.


Monday, April 6, 2009

Fikir-fikir

Wanita...

adalah sebesar-besar fitnah bagi lelaki.

Oleh itu, wahai wanita Islam...Awasilah dirimu dan tutuplah auratmu...

Jelitamu bukan menggoda tetapi penghibur buat suamimu.

Jagalah kesucian dirimu... Zahir dan Batin...

Lelaki...

Kamu adalah pemimpin.

Taklif untuk dirimu terlalu banyak.

Apakah terdaya kau memikulnya tanpa ilmu???

Oleh itu, carilah ilmu di masa mudamu.

Jangan tika mudamu disia-siakan.

Jangan leka bermain cinta.

Bukankah ilmu juga mampu memberi erti cinta yang lebih hakiki untuk dirimu?
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"