Wednesday, September 12, 2007

BACALAH AL QURAN

Dipetik:ummahonline
oleh:Danialle

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja. Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja.Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.

Kebaikan membaca al-Quran sgt banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dn Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)

Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:

1. Jangan simpan quran di tempat yang sukar dicapai. Letaklah di tempat yang selalu anda lakukan kerja atau di tempat yang senang dilihat supaya anda tidak lupa dan senang terdorong untuk membacanya. Contohnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yang tidak memerlukan anda bangun dari kerusi anda. Maknanya simpan dekat dengan tempat anda duduk dan dalam capaian anda.

2. Jangan letakkan target yang luar biasa. Jika anda jarang-jarang membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan untuk membaca 7 baris ayat (setengah muka surat) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba untuk membaca seberapa banyak ayat yang mungkin (jangan tertipu dengan semangat), tetapi berusahalah untuk melaziminya setiap hari walaupun sekadar beberapa ayat. Anda tidak dikira benar-benar berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap orang boleh meletakkan target masing-masing berdasarkan kemampuan diri.

3. Bermulalah dengan surah yang anda minati. Jika anda tidak tahu surah apa yang anda minat, saya syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ daripada alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dengan menggunakan alunan lagu yang sama.

4. Bagi yang belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit untuk membeli vcd bacaan quran yang mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sangat membantu untuk kita mengenal pasti cara bacaan yang betul. Rujuklah software ini apabila bacaan anda tersangkut atau anda tidak yakin bgaimana cara sebutan yang btul.

5. Kadang-kadang kita ada keinginan untuk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas untuk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk untuk membasahkan diri. Lawatilah www.quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yang cantik itu dengan sebaiknya. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pdaa bila-bila masa sahaja. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer untuk membaca quranflash ini. Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yang sama seperti mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yang anda baca itu tamat. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

p/s: Tahukah anda, masa yang diambil untuk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yang normal hanyalah 4 minit sahaja. Maknanya hanya 2 minit sahaja diperlukan setiap hari untuk membaca separuh muka surat daripada quran.

No comments:

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"