Monday, January 4, 2010

Bicara Hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Sudah bersawang benar teratak maya ini…bertalu-talu soalan bila nak update blog dilontarkan oleh sahabat-sahabat dan adikberadik tersayang.Bukan tidak mahu mencoret idea baru atau berkongsi pengalaman berada di Jazirah al Ward ini. Tetapi kekangan masa membantutkan keinginan meng’update’ menyebabkan ianya terbiar sepi…ma’ziratan…

WARGA TERATAK KASIH ABADI…

Alang tahu,sebagaimana mahal nilaian untuk menghantar alang menuntut ilmu di Bumi Mesir ini, hasil yang perlu alang bawa pulang juga mestilah setimpal malah lebih lagi..Alang sentiasa ingat pesanan ayah dan mek-hanya ilmu harta yang ayah dan mek boleh bagi pada anak2… tak terbalas jasa ayah dan mek..tak terbayar harga pengorbanan ayah berpanas dibawah terik mentari di atas bumbung2 rumah orang untuk membiayai alang disni..terkadang ayah tergolek jatuh tapi demi anak2,diketepikan rasa sakit yang menyelirat pada badan tua itu. Mek yang tak putus-putus memberikan kata2 taujihat untuk anak perempuan bongsu. Terima kasih kepada kak long dan abg long,abang dan kak ngah,kak cik dan abg cik,ude dan abg hafiz serta acu yg banyak membantu, memberi semangat. Permata hati alang yang amat dikasihi hakim,habib,haikal, nurin,hannani,anis dan adik ya (humaira)…rindu dengan karenah si kecil…

UMMU SULAIM…

Terasa rindu benar pada adik beradik usrah Ummu Sulaim...Persaudaraan yang diikat dengan ikatan akidah masih utuh dan kemas walaupun masing-masing punya haluan sendiri. Terima kasih yang teramat pada kalian kerana membenarkan diri ini menjadi sebahagian dalam hidup kalian…walaupun disini andak sudah mempunyai usrah yang baru,sungguh kalian tetap istimewa…bukan ingin membezakan usrah kita di Dq dan usrah baru disini, masing-masing punya kelebihan tapi itulah hakikatnya,yang pertama itulah yang paling diingati…
Teruja bila dikhabarkan bahawa ayong bakal menjadi seorang ibu…Tahniah pada ayong dan yop… Moga anak itu nanti menjadi jundi penerus perjuangan Rasulullah s.a.w…

SAHABAT-SAHABAT…

Sehari-hari berada di sini tak pernah saya melupakan kalian . Afrida, Nurlina,sepupu usrah yang hebat-Paradise Seekers dan semuanya…kalian juga mencipta kenangan terindah dalam hidup saya… Susah senang, sakit, pedih,pahit manis semuanya ditanggung bersama.. Kenangan dihujani gas pemedih mata , kereta siput sedut yang berjasa, air mata SIHAT DQ… kalian jugalah yang menghulurkan tangan tatkala diri ini tersungkur… Ketahuilah Sahabat, diri ini tetap memerlukan sokongan,nasihat kalian walaupun kini kita berjauhan…

Siti Nur Hidayah Abdul Samat,
Raudhatul Muthmainnah,
Hayyu Syarq,Mansoura

1 comment:

Anonymous said...

Salam, andak..anjang pun rindu sgt2 kt adik beradik Ummu Sulaim serta adik2 usrah kita d uia...kita bertemu kerana ikatan Aqidah yang kita jalinkan kerana Allah, moga Ukhuwah kita ini selama2nya, kte bertemu kerana perjuangan dan kita berpisah juga kerana Perjuangan yg perlu diteruskan di bumi ini..i'allah, kita semua akan bertemu atas dasar perjuangan juga nanti, i'allah..doakan kejayaan kita bersama demi ISLAM..mg kte semua terus thabat dlm perjuangan,i'allah..sayang andak n ab UMMU SULAIM sokmo...

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"