Friday, April 2, 2010

Wanita Idaman Lelaki Soleh

Wanita idaman lelaki soleh
Adalah seorang wanita yang beriman
Hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Sentiasa haus dengan ilmu
Sentiasa dahagakan pahala
Solatnya adalah maruah dirinya
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Sentiasa bersama-sama orang yang berjuang di jalan Allah

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Ialah wanita yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Sentiasa melakukan kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang menghormati ibu ayahnya
Sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang tidak membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Berjumpa subuh dengan penuh kesegaran
Kerana sekali lagi usianya bertambah penuh kematangan

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Adalah wanita yang sentiasa mengingati mati
Baginya hidup didunia hanyalah ladang bagi akhirat
Yang mana buah kehidupan perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam

Wanita Idaman Lelaki Soleh
Ialah yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Membawa bersama keluarganya
Untuk hidup bersama selam-lamanya..
DIALAH WANITA IDAMAN SETIAP LELAKI SOLEH...

*petikan dari seorang sahabat

aisha: sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah..
Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR"